Bioceramic MoonSwatch MISSION TO THE SUPER BLUE MOONPHASE meraikan bulan purnama gedang biru pertama tahun ini dan suasana perayaan musim panas

23 Julai 2024

Bioceramic MoonSwatch MISSION TO THE SUPER BLUE MOONPHASE memberi penghormatan berganda kepada musim panas. Jam tangan baharu daripada Koleksi Bioceramic MoonSwatch ini bukan sahaja meraikan suasana perayaan dan keceriaan hari-hari cerah yang kembali ke pantai, tetapi turut menyerlahkan bulan purnama biru pada 19 Ogos, bulan purnama gedang pertama tahun ini.

Model ini akan dijual hanya dari 1 Ogos hingga 19 Ogos – tarikh bulan purnama – dan semasa waktu senja, mulai dari jam 5 petang, iaitu tepat pada waktu kita rasa ingin mengakhiri hari dengan bersantai sambil menghirup minuman. Bioceramic MoonSwatch MISSION TO THE SUPER BLUE MOONPHASE, bukan sahaja menampilkan fungsi kronograf, tetapi juga mempunyai fasa bulan biru berbilang telau dengan dakwat UV, yang diletakkan pada latar belakang cakerawala gelap pada kedudukan subdail pukul 2. Skala pulsometer biru dengan penanda putih terdapat pada bezel Bioceramic. Semua jam tangan lain dalam Koleksi Bioceramic MoonSwatch memperlihatkan fungsi takimeter. Ia juga menampilkan muka jam panda. Ini bermakna muka jam perak-opal mempunyai subdail biru yang kontras. Jam tangan ini mempunyai pelbagai telau biru, berjulat dari cerah hingga gelap.