Koleksi jam tangan Bioceramic MoonSwatch mempamerkan Bumi dari angkasa lepas

11 Jun 2024

Tiga model Swatch baharu — MISSION ON EARTH – LAVA, MISSION ON EARTH – POLAR LIGHTS, dan MISSION ON EARTH – DESERT — memberi penghormatan kepada keindahan planet kita.

Tiga jam tangan Bioceramic MoonSwatch baharu telah mendarat. Sepanjang sejarah, manusia telah tertanya-tanya bagaimana dunia kelihatan dari luar angkasa. Setiap angkasawan yang pernah ke angkasa lepas berkata bahawa pemandangan paling indah yang pernah mereka lihat ialah Planet Biru. "Apabila saya mula-mula menoleh ke bumi, semasa berdiri di bulan, saya menangis," kata angkasawan Alan Shepard yang, pada tahun 1961, menjadi orang Amerika pertama yang pergi ke angkasa lepas dan, pada tahun 1971, lelaki kelima yang berjalan di bulan.

Tiga model Bioceramic MoonSwatch yang bukan terhad iaitu — MISSION ON EARTH – LAVA,POLAR LIGHTS dan – DESERT —memberi penghormatan kepada planet kita yang menakjubkan, yang diinspirasikan oleh lava gunung berapi, Aurora Borealis dan gurun, tiga fenomena semula jadi, dengan keindahannya yang ajaib dan mempesonakan, yang dapat dilihat dengan jelas dari angkasa lepas. Untuk jam tangan ini, Swatch telah menghasilkan tiga warna baharu dalam Bioceramic.

Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH – LAVA diinspirasikan oleh gunung berapi, bukaan di kerak Bumi yang membolehkan lava, abu, dan gas terlepas. Lava adalah berbahaya dan juga memukau, dengan warna merah dan jingga yang semarak. Pada hari ini, terdapat kira-kira 1,670 gunung berapi aktif yang dikenal pasti di seluruh dunia. Lebih kurang 60 gunung berapi ini meletus setiap tahun, tidak termasuk banyak gunung berapi bawah air. Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH – LAVA juga merupakan perkenan kepada OMEGA dan model Speedmaster Moonwatch "Ultraman” tahun 1968, dengan jarum kronograf jingganya yang terkenal.

Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH – POLAR LIGHTS memberi penghormatan kepada Aurora Borealis yang menakjubkan. Dapat dilihat dari angkasa lepas, dan keindahan yang mengagumi, fenomena atmosfera yang gemilang ini dikenali sebagai "langsir" yang sangat berwarna-warni di langit malam, biasanya warna hijau dan biru. Itulah sebabnya warna firus mendominasi jam tangan ini, mengimbau paparan warna-warna yang luar biasa di langit di kutub Utara. Muka jam biru itu disemat dengan "bintang-bintang" kecil diperbuat daripada kepingan berwarna perak halus yang diinspirasikan oleh muka jam kaca aventurin. Ini merupakan satu lagi perkenan kepada jam tangan OMEGA tertentu. Susun atur "bintang" adalah berlainan pada setiap model, menjadikan muka jam pada setiap jam tangan unik. Angka dan indeks pada tiga subdail menggunakan format radial, sama seperti Speedmaster dalam projek Alaska II dan III OMEGA.

Bekas dan jarum Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH – DESERT didatangkan dalam warna pasir, dan muka jam serta tali jam didatangkan dalam warna greige (taupe), mengingatkan kita kepada hamparan luas pasir yang meliputi lebih daripada satu per lima tanah daratan Bumi dan boleh ditemui di setiap benua. Sahara merupakan gurun terbesar di dunia, merangkumi lebih 9 juta km² Afrika Utara. Iklimnya sangat kering, dengan suhu yang mampu mencecah lebih 50°C pada siang hari dan jatuh di bawah takat beku pada waktu malam.

Tiga jam tangan Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH semuanya memaparkan pernyataan misinya pada belakang bekas dan logo OMEGA X SWATCH pada muka jam dan tombol putar. Reka bentuk planet Bumi dapat dilihat pada setiap penutup bateri. Tali jam VELCRO® boleh laras yang sesuai untuk pakaian angkasa, menambah sentuhan kemasan angkasawan bergaya dan menampilkan jahitan atas yang kontras dalam warna yang sama dengan bekas masing-masing.

Jarum dan indeks disalut dengan Super-LumiNova® Gred A, menjadikannya bersinar dalam gelap dengan sempurna. Semua ciri-ciri utama OMEGA Speedmaster Moonwatch yang asal — jam tangan pertama yang sampai ke bulan — boleh didapati pada jam tangan ini: bekas asimetri, skala takimeter yang terkenal dengan ‘dot over 90’ dan subdial Speedmaster yang tipikal. Seperti semua model Bioceramic MoonSwatch, jam tangan baharu ini mempunyai fungsi kronograf.

MISSION ON EARTH – LAVA, – POLAR LIGHTS dan – DESERT, seperti semua model dalam kolaborasi OMEGA X SWATCH, diperbuat daripada Bioceramic yang telah dipatenkan oleh jenama, campuran unik dua per tiga seramik yang digunakan dalam pembuatan jam tangan atasan, dan satu per tiga bahan bersumberkan bio yang dihasilkan daripada minyak kastro.

Tiga jam tangan Bioceramic MoonSwatch MISSION ON EARTH baharu akan tersedia pada hari Sabtu, 15 Jun, hanya di kedai Swatch terpilih. Sama seperti seluruh Koleksi Bioceramic MoonSwatch, hanya satu jam tangan boleh dibeli oleh setiap individu, setiap hari dan setiap kedai Swatch.

MISSION ON EARTH – LAVA / SO33O100

Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic jingga

Diameter bekas: 42.00 mm

Ketebalan bekas: 13.25 mm

Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm

Pergerakan kuartza: kronograf

Kalis air: 3 bar

Kaca: box-shaped, diperbuat daripada bahan bersumberkan bio dan dirawat dengan salutan anticalar; menampilkan "S" terukir di tengah-tengah yang merujuk kepada logo Swatch

Muka jam: hitam, menampilkan logo OMEGA X Swatch dan logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch; subdial berlekuk dengan jarum jingga; angka arab dan indeks pada subdail dalam format radial sebagai perkenan kepada Speedmaster dalam projek OMEGA Alaska II dan III. Penanda jam berwarna jingga dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau)

Jarum: jingga; jarum jam dan minit dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau). Jarum saat kronograf jingga sebagai perkenan kepada warna dan bentuk model OMEGA Speedmaster Moonwatch "Ultraman” tahun 1968

Bezel: bezel Bioceramic hitam dengan skala takimeter putih, “TACHYMÈTRE” ditulis dengan warna jingga

Tali jam: tali VELCRO® hitam dengan jahitan atas jingga yang kontras, gelung pemasangan dalam Bioceramic jingga

MISSION ON EARTH – POLAR LIGHTS / SO33L103

Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic berwarna firus

Diameter bekas: 42.00 mm

Ketebalan bekas: 13.25 mm

Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm

Pergerakan kuartza: kronograf

Kalis air: 3 bar

Kaca: box-shaped, diperbuat daripada bahan bersumberkan bio dan dirawat dengan salutan anticalar; menampilkan "S" terukir di tengah-tengah yang merujuk kepada logo Swatch

Muka jam: biru gelap dengan kilauan berwarna perak halus yang diinspirasikan oleh muka jam kaca aventurin, menampilkan logo OMEGA X Swatch dan logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch; subdial berlekuk dengan jarum firus dan gegelang pembilang putih; angka arab dan indeks pada subdail dalam format radial sebagai perkenan kepada Speedmaster dalam projek OMEGA Alaska II dan III. Penanda jam dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau)

Jarum: warna firus; jam, minit, dan hujung jarum saat kronograf dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau)

Bezel: bezel Bioceramic biru dengan skala takimeter warna firus

Tali jam: tali VELCRO® biru dengan jahitan atas warna firus yang kontras, gelung pemasangan dalam Bioceramic warna firus

MISSION ON EARTH – DESERT / SO33T103

Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic berwarna pasir

Diameter bekas: 42.00 mm

Ketebalan bekas: 13.25 mm

Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm

Pergerakan kuartza: kronograf

Kalis air: 3 bar

Kaca: box-shaped, diperbuat daripada bahan bersumberkan bio dan dirawat dengan salutan anticalar; menampilkan "S" terukir di tengah-tengah yang merujuk kepada logo Swatch

Muka jam: greige (taupe), menampilkan logo OMEGA X Swatch dan logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch, subdial berlekuk dengan jarum dan gegelang pembilang berwarna pasir; angka arab dan indeks pada subdail dalam format radial sebagai perkenan kepada Speedmaster dalam projek OMEGA Alaska II dan III. Penanda jam dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau)

Jarum: berwarna pasir; jam, minit, dan hujung jarum saat kronograf dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau)

Bezel: bezel Bioceramic greige (taupe) dengan skala takimeter berwarna pasir

Tali jam: tali VELCRO® greige (taupe) dengan jahitan atas berwarna pasir yang kontras, gelung pemasangan dalam Bioceramic berwarna pasir