Kembali ke tahun 1984, tahun yang bersejarah

Kembali ke tahun 1984, tahun yang bersejarah

1984 ialah tahun yang penting bagi dunia – dan menjadi mercu tanda bagi Swatch. Pada tahun itu, kami menyambut tahun baharu dengan jam Swatch yang kesejuta, meraikan ulang tahun pertama kami dan secara rasmi menjadi sebuah syarikat Ltd. Jam tangan terunggul pada tahun 1984 ialah Swatch berwarna kuning seberat 13 tan yang tergantung pada sebuah bangunan di Frankfurt, satu pemandangan yang mengagumkan. Kini kami meraikan saat penting dalam sejarah kami ini dengan koleksi yang menampilkan lima reka bentuk ikonik 1984 kami – kini dalam BIOCERAMIC.

Mari kembalikan rekaan klasik.

WHITE MEMPHIS

WHITE MEMPHIS

The WHITE MEMPHIS from 1984 is a quintessential example of the style that powered the ’80s. Inspired by the Memphis design movement, our bestseller from 1984 was and is all about the design of “now,” and the transition from handmade to mass-production. We were irreverent, revolutionary design aficionados looking to shake up the status quo. This timeless watch stands out as a tribute to our successWHITE MEMPHIS dari tahun 1984 adalah contoh unggul gaya yang menguasakan zaman 80-an. Diilhamkan oleh gerakan reka bentuk Memphis, produk terlaris kami dari tahun 1984 ini telah dan masih lagi menjadi simbol reka bentuk "terkini", dan peralihan daripada buatan tangan kepada pengeluaran besar-besaran. Kami adalah pakar reka bentuk revolusioner tanpa aturan yang sentiasa mahu melawan status quo. Jam tangan ulung ini menyerlah sebagai tanda kejayaan kami..

Kini dalam BIOCERAMIC

GREY MEMPHIS

GREY MEMPHIS

Di Swatch, kami sentiasa mengikuti aliran semasa. Jam tangan yang diilhamkan oleh gerakan reka bentuk Memphis ini menandakan peralihan pembuatan daripada artisan kepada industri. Bahan-bahan yang digunakan bukan lagi dihasilkan oleh tukang yang mahir, tetapi yang boleh dikeluarkan dalam kilang. Kelahiran semula ini digemakan dalam GREY MEMPHIS yang bersifat provokatif. Jarum hijau dan merah jambu terang menyalurkan tenaga yang menguasakan gerakan ini: kebangkitan semula reka bentuk sebagai bahasa perindustrian.

Kini dalam BIOCERAMIC

YELLOW RACER

YELLOW RACER

Pada tahun 1984, kami menemui diri kami sebagai suatu jenama muda. Seperti kanak-kanak yang sedang belajar mengekspresikan diri dengan imaginasi yang tidak terbatas, kami bersemangat menerokai reka bentuk landskap dan menerapkan ragam bahasa berbeza untuk mencipta kosa kata kami sendiri. YELLOW RACER lahir daripada daya kreatif yang murni ini. Diilhamkan oleh dunia kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta lumba dan helikopter, muka jamnya seakan-akan meter laju. Ini adalah contoh utama cara kami sentiasa mengekspresikan tenaga pada pergelangan tangan.

Kini dalam BIOCERAMIC

CHRONO-TECH

CHRONO-TECH

Keremajaan Swatch kekal dalam jam tangan ini. Kami menghampiri kemurnian pada tahun 1984: apabila kami mengeluarkan jam tangan yang polos dan ringkas dengan jarum berwarna primer ini dan menamakannya CHRONO-TECH, diilhamkan daripada perkataan "chronos" yang bermaksud masa dalam bahasa Yunani. Dalam pembuatan jam tangan, kronograf ialah istilah khusus untuk jam tangan yang mengukur masa, dan jam ringkas ini pastinya sekadar mengira jam, minit dan saat. Namun penerimaan terhadapnya begitu memberangsangkan dan terus memberikan menginspirasikan seluruh bahasa reka bentuk di Swatch. Kejayaan kenaifan.

Kini dalam BIOCERAMIC

BLACK DIVERS

BLACK DIVERS

Apabila kami mula menceburi bidang pembuatan jam tangan, kami mengusik industri ini melalui proses pendemokrasian. Revolusi reka bentuk ini membawa kod-kod pelbagai industri kepada orang ramai dalam bentuk jam tangan yang boleh dicapai dan dimiliki. BLACK DIVERS berasal daripada dunia selam SCUBA yang bergaya dan berfungsi. Reka bentuknya yang asal menampilkan jarum unik yang bersinar dalam gelap untuk memudahkan pembacaan di laut dalam serta lubang-lubang pada talinya supaya kelihatan atletik. Suatu penghargaan bagi keberanian kami.

Kini dalam BIOCERAMIC