DASAR PRIVASI

1. DASAR PRIVASI

1.1 Swatch Ltd., Jakob Stämpflistrasse 95, 2504 Biel / Bienne, Switzerland, “Swatch”, “Kami") amat mengambil serius tentang keselamatan dan privasi maklumat peribadi anda. Dasar ini bersama-sama dengan terma penggunaan kami menetapkan asas bagaimana kami akan memproses data peribadi yang diperolehi daripada penggunaan anda di laman web ini ( "Laman Web”) dan menerangkan jenis kuki yang kami gunakan. Semua pemprosesan data peribadi anda akan mengikut perundangan perlindungan data yang diterima pakai untuk tujuan maklumat itu diserahkan. Sila baca perkara berikut dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami berhubung dengan data peribadi anda, bagaimana kami akan memperlakukannya dan bagaimana kami menggunakan kuki. 

2. Maklumat yang mungkin kami kumpulkan daripada anda

2.1 Kami mungkin mengumpul dan memproses data tentang diri anda berikut:

2.1.1 Maklumat yang anda berikan dengan mengisi borang di Laman Web. Ini termasuk maklumat yang diberikan pada masa mendaftar untuk menggunakan Laman Web, melanggani perkhidmatan kami, menyiarkan bahan atau meminta perkhidmatan lanjut. Kami juga mungkin meminta maklumat anda apabila anda menyertai pertandingan atau promosi yang ditaja oleh kami atau apabila anda melaporkan masalah dengan Laman Web.

2.1.2 Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod penghubungan itu.

2.1.3 Kami juga mungkin meminta anda melengkapkan kaji selidik yang kami gunakan untuk tujuan penyelidikan, walaupun anda tidak perlu berbuat demikian.

2.1.4 Butir-butir kunjungan anda ke Laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada data trafik, data lokasi, weblog dan data komunikasi lain, sama ada ini diperlukan untuk tujuan kami sendiri atau dengan cara lain dan sumber yang anda akses. Sila lihat bahagian di bawah berkenaan kuki untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan kuki kami. 

3. Tempat kami menyimpan data peribadi anda

3.1 Data yang kami kumpulkan daripada anda mungkin dipindahkan ke, dan disimpan di, suatu lokasi di Switzerland (lokasi pelayan) atau lokasi lain di dalam atau di luar Kawasan Ekonomi Eropah.

3.2 Semua maklumat yang anda berikan kepada kami disimpan di pelayan terjamin kami. Sekiranya kami telah memberikan anda (atau sekiranya anda telah memilih) kata laluan yang membolehkan anda mengakses bahagian tertentu Laman Web ini, anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan kata laluan ini. Kami meminta anda untuk tidak berkongsi apa-apa kata laluan dengan orang lain.

3.3 Penghantaran maklumat melalui Internet adalah tidak terjamin selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan data anda yang dihantar ke Laman Web; apa-apa penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja kami menerima maklumat anda, kami akan menggunakan tatacara dan ciri-ciri keselamatan yang ketat untuk cuba menghalang akses tanpa kebenaran.

4. Penggunaan yang dibuat daripada maklumat

4.1 Kami menggunakan maklumat yang disimpan tentang diri anda dengan cara berikut:

4.1.1 Untuk memastikan kandungan daripada Laman Web disampai dengan cara yang paling berkesan kepada anda dan kepada komputer anda.

4.1.2 Untuk memberi anda maklumat, produk atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami atau yang kami rasa mungkin anda berminat, sekiranya anda telah bersetuju untuk dihubungi untuk tujuan sedemikian.

4.1.3 Untuk menjalankan obligasi kami yang timbul daripada kontrak yang diikat antara anda dengan kami.

4.1.4 Untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri interaktif perkhidmatan kami, apabila anda memilih untuk berbuat demikian.

4.1.5 Untuk memaklumkan anda tentang perubahan pada perkhidmatan kami.

4.1.6 Untuk mencipta dan mengurus akaun peribadi anda di Swatch.

4.1.7 Untuk memaklumkan pemenang dalam pertandingan yang diatur secara dalam talian.

4.1.8 Untuk menguji dan menambah baik sistem kami yang menyediakan perkhidmatan.

4.1.9 Untuk menghalang penyalahgunaan atau penggunaan tidak wajar perkhidmatan kami.

4.1.10 Untuk menghantar kaji selidik kepada anda mengenai kepuasan anda dengan perkhidmatan kami (dijalankan oleh Swatch atau oleh pihak ketiga bagi pihak kami), produk dan pengalaman keseluruhan berkaitan dengan Swatch.

4.2 Jika anda ialah pelanggan sedia ada, kami hanya akan menghubungi anda dengan cara elektronik (misalnya, e-mel, SMS, APP) atau melalui mel dengan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan yang serupa dengan perkara jualan terdahulu kepada anda.

4.3 Jika anda adalah pelanggan baharu, dan sekiranya kami membenarkan pihak ketiga yang terpilih untuk menggunakan data anda, kami (atau mereka) akan menghubungi anda dengan cara elektronik atau melalui mel hanya jika anda telah bersetuju dengan perkara ini.

4.4 Jika anda tidak mahu kami menggunakan data anda dengan cara ini atau menyerahkan butir-butir diri anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, sila tandakan kotak berkaitan yang terletak pada borang yang kami kumpulkan data diri anda (borang pesanan) atau hubungi kami melalui https://www.swatch.com/en/services/contact/.

4.5 Kami mungkin berkongsi statistik bukan peribadi, bukan individu atau maklumat demografi dalam bentuk agregat dengan rakan pemasaran, pengiklan atau pihak ketiga kami yang lain untuk tujuan penyelidikan.

4.6 Melalui penggunaan anda pada Laman Web, kami juga mungkin mengumpul maklumat tertentu tentang penggunaan anda pada Laman Web yang tidak mengenal pasti anda secara individu. Umumnya, maklumat ini dikumpulkan melalui “data trafik.” Kami mungkin mengumpul dan menyimpan maklumat sedemikian secara automatik setiap kali anda berinteraksi dengan Laman Web. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpulkan alamat IP anda, nama hos komputer anda, maklumat penyemak imbas dan nama domain laman rujukan setiap kali anda mengunjungi Laman Web. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat berkenaan pola trafik dan penggunaan tapak pelanggan. Namun begitu, maklumat ini tidak mengandungi apa-apa perkara yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi; ia digunakan untuk menganalisis dan menambah baik Laman Web dan memberikan pelanggan kami pengalaman Internet yang memuaskan. Sila lihat bahagian di bawah berkenaan kuki untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan kuki kami dan waktunya kami meminta persetujuan anda. 

5. Pendedahan maklumat anda

5.1 Kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana ahli kumpulan kami, yang bermaksud subsidiari kami, syarikat pemegangan muktamad kami dan subsidiarinya, yang mungkin berada di dalam atau di luar EEA.

5.2 Kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga:

5.2.1 Yang membantu kami untuk mentadbir Laman Web (seperti penyedia perkhidmatan Internet kami) atau untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Pihak ketiga ini mesti pada setiap masa menyediakan tahap keselamatan yang sama seperti Swatch untuk maklumat peribadi anda.

5.2.2 Sekiranya kami menjual atau membeli apa-apa perniagaan atau aset, dalam hal ini kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada bakal penjual atau pembeli perniagaan atau aset sedemikian.

5.2.3 Untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak kami. Contoh-contohnya termasuklah memenuhi pesanan, menghantar pakej, memproses pembayaran kad kredit, menyediakan perkhidmatan pelanggan, menghantar mel pos dan e-mel, mengalih keluar maklumat berulang daripada senarai pelanggan, menganalisis data, menyediakan bantuan pemasaran, melaksanakan kaji selidik kepuasan pelanggan, menyediakan pengiklanan tersuai dan menyediakan hasil gelintaran dan pautan (termasuk penyenaraian dan pautan berbayar). Mereka mendapat akses kepada maklumat peribadi yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi mereka, tetapi tidak boleh menggunakannya untuk tujuan lain. Selanjutnya, mereka mesti memproses maklumat peribadi menurut Dasar Privasi ini dan sebagaimana yang diizinkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

5.2.4 Jika Swatch atau sebahagian besar daripada kesemua asetnya atau mana-mana ahli kumpulan kami diperoleh oleh pihak ketiga, dalam hal ini data peribadi yang disimpan olehnya tentang pelanggannya akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan.

5.2.5 Jika kami berkewajipan untuk menzahirkan atau berkongsi data peribadi anda untuk tujuan mematuhi obligasi undang-undang, atau untuk tujuan menguatkuasakan atau menerima pakai terma penggunaan kami dan perjanjian lain; atau untuk melindungi hak, harta, atau keselamatan Swatch atau mana-mana ahli kumpulan kami, pelanggan kami, atau pihak lain. Ini termasuk bertukar-tukar maklumat dengan syarikat dan organisasi lain bagi tujuan perlindungan daripada penipuan dan pengurangan risiko kredit. 

6. Hak-hak anda

6.1 Anda boleh pada bila-bila masa membatalkan apa-apa persetujuan yang diberikan untuk memproses data anda, berkuat kuasa dari tarikh pembatalan, dengan menghantar e-mel atau mel pos kepada kami, atau dengan mengklik kotak yang sepadan pada borang yang digunakan untuk mengumpulkan data anda. Anda boleh pada bila-bila masa meminta maklumat tentang data diri anda yang sedang diproses dan tujuannya. Selanjutnya, anda boleh menurut undang-undang meminta pembetulan, penyekatan atau pemadaman data anda. Untuk menegaskan hak anda dan untuk apa-apa pertanyaan yang mungkin anda musykil, sila hubungi kami di Swatch Ltd. , Jakob Stämpflistr. 95, 2504 Biel/Bienne, Switzerland, atau melalui https://www.swatch.com/services/contact/.

6.2 Anda berhak untuk tidak bersetuju dengan penggunaan kuki tertentu oleh kami. Sila lihat bahagian di bawah tentang kuki untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini.

6.3 Tapak Web mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke dan dari tapak web rangkaian rakan kongsi, pengiklan dan anggota gabungan. Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa mereka mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan kami tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk dasar-dasar ini. Sila semak dasar ini sebelum menghantar apa-apa data peribadi ke laman web ini. 

7. Kuki dan Perisian Intip

7.1 Penggunaan Kuki dan Perisian Intip

7.1.1 Kami tidak menggunakan atau memasang perisian intip pada komputer anda, dan kami juga tidak menggunakan perisian intip untuk mendapatkan maklumat daripada komputer anda.

7.1.2 Seperti banyak laman web, kami menggunakan "kuki", iaitu fail yang disimpan pada pemacu keras komputer anda oleh penyemak imbas anda dan digunakan untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu tentang diri anda.

7.1.3 Kebanyakan penyemak imbas menerima kuki secara automatik tetapi membolehkan anda menyahdayakannya. Menu bantuan pada kebanyakan penyemak imbas akan memberitahu anda cara menghalang penyemak imbas anda daripada menerima kuki baharu, cara meminta penyemak imbas memberitahu anda apabila anda menerima kuki baharu dan cara menyahdayakan kuki secara keseluruhan. Anda juga boleh menyahdayakan atau memadam kuki yang anda pernah terima sebelum ini jika anda mahu.

7.1.4 Kami menyarankan supaya anda membiarkan kuki "dihidupkan" supaya kami dapat menawarkan anda pengalaman yang lebih baik di Laman Web. Jika anda mengesetkan penyemak imbas anda untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki yang sangat diperlukan), anda mungkin tidak dapat mengakses beberapa bahagian Laman Web.

7.1.5 Kami telah mengesetkan kuki tertentu pada peranti anda dan menyarankan supaya anda bersetuju dengan penggunaannya. Jika anda tidak bersetuju, anda masih boleh menggunakan Laman Web, tetapi bahagian tertentu mungkin tidak berfungsi atau mungkin tidak berfungsi dengan baik. 

7.2 Kami menggunakan kuki-kuki berikut:

7.2. 1 Kuki yang sangat diperlukan. Ini ialah kuki yang diperlukan untuk pengendalian Laman Web dan supaya anda dapat melengkapkan perkhidmatan yang anda minta. Ini termasuk, misalnya, kuki yang membolehkan anda log masuk ke bahagian terjamin Laman Web.

7.2.2 Kuki kefungisan. Kuki ini merakamkan maklumat tentang pilihan yang anda buat di Tapak Web, seperti nama pengguna anda, bahasa atau rantau anda berada sekarang. Dengan cara ini, kami dapat memperibadikan kunjungan anda ke Tapak Web.

7.2.3 Kuki prestasi. Kuki “analisis” ini membolehkan kami mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan Laman Web, misalnya untuk mengira pelawat dan untuk melihat bagaimana pelawat bergerak dalam Laman Web. Kuki ini merakamkan kunjungan anda ke Laman Web, halaman yang anda telah kunjungi dan pautan yang telah anda ikuti. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti diri anda. Semua maklumat adalah tanpa nama. Ini membantu kami menambah baik cara Laman Web berfungsi.

7.2.3(i) Kami bergantung kepada Google Analytics, perkhidmatan yang disediakan Google, Inc. (“Google”), untuk menganalisis penggunaan anda pada Tapak Web. Maklumat yang dijana oleh Google Analytics adalah tertakluk kepada dasar privasi Google dan akan dipindahkan ke dan disimpan oleh Google pada pelayan di Amerika Syarikat. Sebelum pemindahan, ia akan dijadikan tanpa nama dengan mengalih keluar oktet terakhir alamat IP anda. Google kemudiannya akan memprosesnya bagi pihak kami untuk tujuan menilai penggunaan Tapak Web oleh anda, untuk menyusun laporan mengenai aktiviti Tapak Web dan untuk menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan penggunaan Internet. Google tidak akan memautkan alamat IP anda dengan apa-apa data lain yang disimpan oleh Google. Anda boleh menolak penggunaan kuki untuk tujuan yang disebutkan di atas dengan mengesetkan penyemak imbas anda dengan sewajarnya; walau bagaimanapun, dalam hal itu, anda mungkin tidak dapat menggunakan kefungsian penuh Tapak Web. Anda selanjutnya boleh pilih k
eluar daripada pengumpulan data penggunaan anda (termasuk alamat IP anda) dan pemprosesannya dengan memuat turun dan memasang pasang-tambah untuk penyemak imbas web semasa anda di http://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data anda oleh Google, sila lihat http://www.google.com/analytics/learn/privacy.html.

7.2.3(ii) Bagi pelawat yang mengakses Laman Web kami dari Tanah Besar China (PRC), kami mungkin menggunakan perkhidmatan Pemantauan Tapak yang disediakan oleh Miaozhen Ltd., Beijing, PRC, dan bukannya Google Analytics, untuk tujuan yang sama dan di dalam pembatasan yang sama, tetapi dengan pelayan di PRC. Untuk memilih keluar penggunaan Pemantauan Tapak pada penyemak imbas anda, sila kunjungi http://i.miaozhen.com/cookie_opt.html.

7.2.4 Kuki media sosial. Kuki ini membolehkan anda berkongsi kandungan Laman Web dengan platform media sosial (misalnya, Facebook, Twitter, Instagram). Kami tidak mempunyai kawalan terhadap kuki-kuki ini kerana ini disetkan oleh platform media sosial sendiri.   

7.2.5 Kuki iklan. Kuki ini membolehkan kami menghantar iklan kesesuaian khas kepada anda tentang tapak web pihak ketiga berdasarkan minat anda dalam produk dan perkhidmatan kami yang dizahirkan semasa lawatan anda di Laman Web kami. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti diri anda. Semua maklumat adalah tanpa nama.

7.2.5(i) Kami melibatkan diri di Laman Web kami dalam pengiklanan berasaskan minat, termasuk teknologi penyasaran semula atau pemasaran semula yang disediakan oleh pihak ketiga (“Penyedia Pihak Ketiga”), seperti:

Criteo SA, Paris, France, www.criteo.com (“Criteo”),

DoubleClick, suatu bahagian Google Ireland Limited, Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland, www.doubleclickbygoogle.com, (“DoubleClick”), dan

Google Analytics Advertising Features, suatu perkhidmatan Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, Amerika Syarikat

Facebook Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Dublin 2, Ireland

Instagram LLC, 1601 Willow Rd. Menlo Park, CA 94025

Adform A/S, Copenhagen, Denmark, http://site.adform.com/ (“Adform”)

Untuk menganalisis navigasi anda di Laman Web kami. Berdasarkan itu, kami dapat mendekati anda dengan iklan yang diperibadikan. Untuk tujuan ini, kuki disimpan pada komputer anda. Semasa lawatan anda di Laman Web kami, Penyedia Pihak Ketiga mahupun Swatch tidak mengumpul apa-apa data diperibadikan, hanya data tanpa nama. Penglibatan teknologi sedemikian adalah mengikut pematuhan penuh undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Terima kasih kepada data sedemikian, kami boleh, sebagai contoh, mendekati anda dengan iklan di laman web pihak ketiga yang diperibadikan mengikut minat anda dalam produk kami, misalnya selepas anda mengunjungi Laman Web kami dan menunjukkan minat terhadap siri produk tertentu, teknologi ini mungkin kemudiannya menunjukkan kepada anda lebih banyak maklumat dalam bentuk iklan semasa anda melayari tapak web lain. Satu-satunya matlamat untuk melibatkan teknologi ini adalah untuk menyesuaikan maklumat tersedia dengan cara terbaik mengikut minat anda dan untuk membuatkan pengalaman dalam talian anda bermaklumat sebaik mungkin. Namun begitu, anda boleh melaraskan pengesetan penyemak imbas anda untuk tidak menyimpan kuki sedemikian dan untuk memadam kuki yang telah disimpan. Sila dapatkan fungsi pilih keluar berikut bagi Penyedia Pihak Ketiga di bawah pautan berikut:

Criteo: www.criteo.com/privacy

DoubleClick: https://code.google.com/archive/p/google-opt-out-plugin/

Google Analytics Advertising Features: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout/

Facebook: https://www.facebook.com/help/164968693837950

Instagram: https://www.instagram.com/about/legal/privacy/

Adform: http://site.adform.com/privacy-policy/en

7.2.5(ii) Data tanpa nama yang dicipta menggunakan Google Analytics Advertising Features mungkin digunakan untuk pelaporan demografi dan minat serta pelaporan tanggapan rangkaian.

8. Perubahan terhadap dasar privasi kami

8.1 Apa-apa perubahan yang mungkin kami lakukan kepada dasar privasi kami pada masa hadapan akan disiarkan di halaman ini dan, jika berkenaan, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel. 

9. Hubungan

9.1 Jika anda ada apa-apa soalan mengenai dasar privasi ini, sila hubungi kami melalui https://www.swatch.com/en/services/contact/.

 

  • "Dr.Swatch" Icon Dr.Swatch
  • "Puas hati atau bayar balik" Icon Puas hati atau bayar balik