Pelayar anda pada masa ini tidak disetkan untuk menerima cookies. Sila hidupkan ciri atau semak sama ada anda mempunyai atur cara lain yang disetkan untuk menyekat cookies.
Syarat Jualan ini adalah untuk pembekalan produk yang disenaraikan di laman web ini https://www.swatch.com/en-my/ (“Produk”). Sila baca Syarat Jualan ini dengan teliti sebelum membuat pesanan dari laman web ini. Dengan membuat pesanan Produk kami melalui laman web ini, anda bersetuju diikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah ini.
1.2
Anda hendaklah mencetak salinan Syarat Jualan ini untuk rujukan masa depan.
1.3
Sila klik butang bertanda "Saya Terima" pada akhir proses pesanan jika anda menerima Syarat Jualan ini. Harap maklum bahawa jika anda enggan menerima Syarat Jualan ini, anda tidak akan dapat membuat pesanan Produk dari laman web ini.
Dengan membuat pesanan melalui laman web kami, anda menjamin bahawa:
2.1.1
Anda disah mampu membuat kontrak yang mengikat; dan
2.1.2
Anda sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.
3.
Pembelian barangan, proses pesanan
3.1
Pesanan Produk daripada anda akan dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk di bawah Syarat Jualan ini.
3.2
Selepas membuat pesanan, anda akan menerima e-mel daripada kami mengakui bahawa kami telah menerima pesanan anda. Sila ambil perhatian bahawa ini tidak bermakna pesanan anda telah diterima.
3.3
Swatch akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan penerangan Produk adalah betul pada tarikh penerbitan kecuali kesilapan tipografi dan fotografi yang mana kami tidak bertanggungjawab, tetapi penerangan Produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
3.4
Pesanan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh Swatch mengikut budi bicaranya sendiri dan ketersediaan Produk yang dipesan.
3.5
Jika Produk yang dipesan tidak tersedia, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel dan anda akan ada pilihan sama ada untuk menunggu sehingga item tersebut tersedia daripada stok atau membatalkan pesanan tersebut.
3.6
Kami akan mengesahkan penerimaan kepada anda dengan menghantar pengesahan pesanan melalui e-mel (“Pengesahan Pesanan”) dan ini akan membentuk kontrak yang mengikat anda dengan kami, tertakluk kepada terma lain dalam Syarat Jualan ini.
3.7
Kontrak ini hanya berkaitan dengan Produk yang penghantarannya telah disahkan oleh kami dalam Pengesahan Pesanan. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan mana-mana Produk lain yang mungkin telah menjadi sebahagian pesanan anda sehingga penghantaran Produk tersebut telah disahkan dalam Pengesahan Pesanan yang berasingan.
Harga boleh diubah pada bila-bila masa, tetapi perubahan tidak akan menjejaskan pesanan yang kami telah pun menghantar Pengesahan Pesanan kepada anda.
4.3
Tapak web kami mengandungi banyak Produk dan selalu ada kemungkinan bahawa, walaupun dengan usaha terbaik kami, beberapa Produk yang disenaraikan di laman web kami mungkin ada kesalahan harga. Biasanya kami akan menentusahkan harga sebagai sebahagian daripada prosedur penghantaran kami supaya, sekiranya harga Produk yang betul adalah kurang daripada harga yang kami nyatakan, kami akan mengenakan amaun yang lebih rendah apabila menghantar Produk kepada anda. Jika harga produk yang betul adalah lebih tinggi daripada harga yang dinyatakan di laman web, kami biasanya akan, mengikut budi bicara kami, sama ada menghubungi anda untuk mendapatkan arahan sebelum menghantar Produk, atau menolak pesanan anda dan memaklumkan anda tentang penolakan tersebut.
4.4
Kami tidak bertanggungjawab untuk memberikan Produk kepada anda pada harga yang tidak betul (lebih rendah), walaupun selepas kami menghantar Pengesahan Pesanan kepada anda, jika kesilapan penetapan harga adalah jelas dan tidak dapat disangkal dan boleh diiktiraf secara munasabah oleh anda sebagai salah harga.
4.5
Kami tidak bertanggungjawab untuk memberikan Produk kepada anda pada harga yang tidak betul (lebih rendah), walaupun selepas kami menghantar Pengesahan Pesanan kepada anda, jika kesilapan penetapan harga adalah jelas dan tidak dapat disangkal dan boleh diiktiraf secara munasabah oleh anda sebagai salah harga.
4.6
Pembayaran boleh dibuat dengan kad kredit/debit seperti yang diperincikan dalam proses pesanan. Kami akan memaparkan harga yang anda perlu bayar pada pengesahan pesanan. Kami tidak akan mencaj kad kredit/debit anda sehingga kami menghantar pesanan anda.
4.7
Pembayaran mesti dibuat sebelum pembekalan produk. Kami akan menolak bayaran penuh daripada kad kredit anda sejurus sebelum kami menghantar produk. Kami mungkin menangguhkan penghantaran produk sehingga pembayaran penuh diterima. Kami boleh menamatkan kontrak antara anda dengan kami dengan notis bertulis serta-merta jika anda gagal, tanpa alasan yang baik, membayar tepat.
5.
Penghantaran
5.1
Kami akan mengesahkan tarikh penghantaran (termasuk nombor penjejakan) dengan mengeluarkan e-mel pengesahan penghantaran kepada anda. Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh masa 2 hari bekerja untuk W.P Kuala Lumpur & Selangor yang berada di Wilayah Lembah Klang (kecuali dinasihat sebaliknya). Kawasan di luar W.P Kuala Lumpur & Selangor yang tidak berada di Wilayah Lembah Klang akan mengambil masa 3-4 hari bekerja untuk penghantaran (tetapi tertakluk kepada maksimum 10 hari) selepas tarikh pesanan melainkan dinyatakan dengan cara lain secara khusus.
5.2
Tempat penghantaran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam pengesahan pesanan. Kami hanya akan menghantar di dalam Malaysia sahaja. Atas sebab-sebab praktik, kami mungkin menghantar beberapa produk daripada pesanan yang sama secara ansuran, kami akan sampaikan kepada anda dengan e-mel pengesahan penghantaran.
5.3
Jika kami tidak dapat memenuhi tarikh penghantaran anggaran dan tarikh penghantaran yang disemak akan melebihi 30 hari dari tarikh pesanan asal, maka kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan anda tentang tarikh baharu penghantaran yang dicadangkan. Jika anda menolak tarikh penghantaran yang disemak dan kami tidak dapat menghantar produk dalam masa 30 hari dari tarikh asal pesanan anda atau sebelum tarikh penghantaran yang dipersetujui secara khusus jika berkenaan, maka anda boleh membatalkan pesanan tanpa caj dan mendapatkan bayaran balik penuh. Sekiranya produk dihantar secara ansuran, maka, melainkan dipersetujui secara nyata dengan cara lain pada masa pesanan dibuat, ansuran ini akan dihantar dalam masa 30 hari selepas pesanan dibuat.
5.4
Sila rujuk juga dasar Penghantaran dan Pemulangan kami yang terma dan syaratnya membentuk sebahagian daripada syarat jualan yang diterima pakai kepada pembelian mana-mana produk di laman web ini.
6.
Pemindahan pemilikan dan risiko
6.1
Pemilikan Produk akan diserahkan kepada anda selepas kami menerima pembayaran penuh semua jumlah yang perlu dibayar berhubung dengan produk (termasuk caj penghantaran) atau penghantaran Produk kepada anda. Kami boleh mendapatkan kembali mana-mana Produk yang dibekalkan pada bila-bila masa sebelum pemindahan pemilikan jika anda melanggar Syarat Jualan ini.
6.2
Risiko Produk berpindah kepada anda semasa penghantaran. Risiko dalam erti kata peruntukan ini bermaksud tanggungjawab terhadap kerosakan yang terjadi kepada atau oleh penggunaan, pengendalian atau penyimpanan Produk.
7.
Penerimaan Produk, hak pembatalan
7.1
Anda mesti memberitahu kami tentang Produk yang hilang, atau kerosakan atau kecacatan Produk dengan segera selepas penghantaran.
7.2
Jika anda mengikat kontrak sebagai pengguna, anda boleh membatalkan kontrak antara anda dengan kami atas apa-apa sebab, tidak lewat daripada 7 hari dari tarikh penerimaan produk, tanpa menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti kepada Swatch. Anda mesti memaklumkan kami secara bertulis, melalui e-mel (connect@swatch.my) tentang hasrat anda untuk memulangkan produk dengan Borang Pemulangan yang tersedia di SINI. Kami akan mengaturkan penyedia perkhidmatan kurier berdaftar kami (GDEX) untuk mengambil produk yang dipulangkan dari tempat anda. Jika anda membuat pembatalan, anda mesti memulangkan produk (termasuk apa-apa aksesori yang disertakan dalam harga produk) dalam masa 7 hari selepas anda membatalkan kontrak dalam keadaannya yang asal dan tidak rosak. Jika aksesori yang disertakan dengan produk tidak semua dikembalikan, kami berhak untuk mengenakan bayaran kepada anda untuk kos item yang hilang. Anda mesti menjaga produk secara munasabah sehingga dipulangkan.
7.4
Apabila kontrak antara anda dengan kami dibatalkan, kami akan membayar balik anda harga yang telah dibayar, dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kami menerima semula produk atau, jika lebih awal, penerimaan oleh kami bukti pemulangan produk. Sila lihat dasar Penghantaran dan Pemulangan kami untuk butir-butir tentang cara anda boleh memulangkan produk anda.
7.5
Hak pembatalan tidak terpakai kepada produk kesesuaian khas atau diperibadikan dengan jelas.
8.
Dasar pemulangan kami
8.1
Apabila anda memulangkan produk kepada kami (contohnya, jika item tiba dalam keadaan rosak atau mengandungi kecacatan, atau bukan seperti yang anda pesan), kami akan memeriksa produk yang dipulangkan dan memaklumkan anda tentang hak anda untuk mendapatkan penggantian (jika ada) melalui e-mel dalam tempoh masa yang munasabah.
8.2
Produk yang dipulangkan oleh anda disebabkan sesuatu kecacatan atau bukan seperti yang anda pesan akan kami gantikan dan apa-apa caj penghantaran yang dikenakan untuk pemulangan/tukar ganti produk akan ditanggung oleh kami.
8.3
Anda mesti menjaga produk secara munasabah sehingga dipulangkan. Jika jam tangan yang tiba kembali ke tangan kami tidak dalam keadaan yang sama sebagaimana semasa ia dihantar atau jika ia telah rosak, maka kami berhak untuk menolak pemulangan. Sila rujuk juga dasar Penghantaran dan Pemulangan kami yang terma dan syaratnya membentuk sebahagian daripada syarat jualan yang diterima pakai kepada pembelian mana-mana produk di laman web ini.
9.
Waranti, pembaikan, penggantian
9.1
Kami memberi jaminan kepada anda bahawa mana-mana jam tangan yang dibeli daripada kami melalui laman web kami adalah berkualiti kebolehniagaan.
9.2
Sekiranya berlaku kerosakan atau kecacatan terhadap Produk, Swatch akan, mengikut budi bicaranya, membaiki Produk dengan segera atau menghantar penggantian selepas Produk yang rosak atau cacat itu telah dipulangkan.
9.3
Waranti untuk jam tangan. Semua jam tangan yang ditawarkan untuk dijual di laman web ini mendapat manfaat Waranti Antarabangsa Swatch Ltd. iaitu bebas daripada kecacatan bahan atau pembuatan selama 24 bulan. Terma waranti penuh terdapat dalam dokumen Waranti Antarabangsa yang disertakan dengan setiap jam tangan.
9.4
Tuntutan waranti hanya boleh dibuat dengan Kedai Korporat Swatch. Tuntutan waranti mesti disertakan dengan Sijil Waranti Antarabangsa pengeluar yang mengesahkan tarikh pembelian.
9.5
Mana-mana Produk yang rosak yang dipulangkan kepada kami berdasarkan kontrak antara anda dengan kami akan diambil melalui perkhidmatan kurier yang kami uruskan.
10.
Liabiliti
10.1
Liabiliti kami berhubung dengan mana-mana Produk yang dibeli melalui laman web kami adalah terhad semata-mata kepada harga pembelian Produk tersebut.
10.2
Ini tidak termasuk atau mengehadkan dengan apa jua cara liabiliti kami:
10.3
Untuk kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian kami;
10.4
Untuk penipuan atau salah nyata tipuan; atau
10.5
Untuk apa-apa perkara yang akan menyalahi undang-undang jika kami mengecualikan, atau cuba mengecualikan, liabiliti kami.
10.6
Kami tidak menerima liabiliti bagi apa-apa kehilangan pendapatan atau hasil, kehilangan perniagaan, kehilangan keuntungan atau kontrak, kehilangan simpanan yang dijangkakan, kehilangan data, pembaziran masa pengurusan atau masa pejabat atau bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi tidak langsung atau turutan walau apa pun jenisnya, walau bagaimana sekalipun terjadi dan sama ada disebabkan oleh tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kontrak atau dengan cara lain, walaupun yang boleh dijangka.
11.
Pelbagai
11.1
Pindah milik hak dan obligasi. Kontrak antara anda dengan kami adalah mengikat terhadap anda dengan kami dan terhadap pengganti dan penerima serah hak masing-masing. Anda tidak boleh memindah milik, menyerah hak, menggadai atau dengan cara lain melupuskan kontrak, atau apa-apa hak atau kewajipan anda yang timbul di bawahnya, tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Kami boleh menyerah hak, mensubkontrakkan atau memindah milik mana-mana obligasi atau hak kami di bawah kontrak antara anda dengan kami kepada pihak ketiga yang kompeten, khususnya ahli gabungan lain The Swatch Group Ltd., secara keseluruhan atau sebahagiannya dan dengan syarat serahan hak, subkontrak atau pindah milik itu berlaku tanpa menjejaskan secara negatif peruntukan Produk dan hak atau remedi anda di bawah Perjanjian ini .
11.2
Kebolehasingan. Jika mana-mana bahagian terma dan syarat ini atau mana-mana peruntukan Syarat Jualan ini dianggap menyalahi undang-undang, terbatal atau atas apa-apa sebab yang tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu hendaklah dianggap terasing daripada terma, syarat dan peruntukan selebihnya dalam Syarat Jualan ini yang akan terus menjadi sah sehingga takat sepenuhnya yang diizinkan oleh undang-undang.
11.3
Komunikasi bertulis. Undang-undang yang diterima pakai menghendaki beberapa maklumat atau komunikasi yang kami hantar kepada anda hendaklah secara bertulis. Apabila menggunakan laman web kami, anda menerima bahawa komunikasi dengan kami adalah terutamanya berbentuk elektronik. Kami akan menghubungi anda melalui e-mel atau memberi anda maklumat dengan menyiarkan notis di tapak web kami. Untuk tujuan kontrak, anda bersetuju dengan cara komunikasi elektronik ini dan anda mengakui bahawa semua kontrak, notis, maklumat dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik mematuhi apa-apa keperluan undang-undang bahawa komunikasi sedemikian dibuat secara bertulis. Syarat ini tidak menjejaskan hak berkanun anda.
11.4
Notis. Semua notis yang anda berikan kepada kami mesti diberikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, Level 21, Wisma Goldhill, 67, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur atau hubungi kami. Kami boleh memberi notis kepada anda sama ada melalui e-mel atau alamat pos yang anda berikan kepada kami semasa membuat pesanan, atau dengan mana-mana cara yang dinyatakan dalam perenggan 11 Notis akan dianggap diterima dan disampaikan dengan betul serta-merta apabila disiarkan di laman web kami, 24 jam selepas e-mel dihantar, atau tiga hari selepas tarikh penyiaran surat. Untuk membuktikan penyampaian mana-mana notis, adalah memadai untuk membuktikan, dalam kes surat, bahawa surat sedemikian telah dialamatkan, ditampal setem dan diletakkan di dalam peti pos dengan betul dan, dalam kes e-mel, bahawa e-mel sedemikian telah dihantar kepada alamat e-mel penerima yang dinyatakan.
11.5
Kejadian di luar kawalan kami. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan untuk melaksanakan, atau kelewatan dalam melaksanakan, mana-mana obligasi kami di bawah kontrak antara anda dengan kami yang disebabkan oleh kejadian di luar kawalan munasabah kami, termasuk apa-apa tindakan, peristiwa, sesuatu yang tidak berlaku, peninggalan atau kemalangan di luar kawalan munasabah kami dan termasuk khususnya (tanpa had) perkara berikut:
11.6
Pelaksanaan kami di bawah mana-mana kontrak antara anda dengan kami dianggap digantung selama tempoh kejadian di luar kawalan munasabah kami berterusan, dan kami akan mendapat lanjutan masa untuk pelaksanaan bagi tempoh masa tersebut. Kami akan menggunakan usaha munasabah kami untuk menamatkan kejadian itu atau untuk mencari penyelesaian supaya obligasi kami di bawah kontrak antara anda dengan kami dapat dilaksanakan walaupun berlaku kejadian itu.
11.7
Penepian. Jika kami gagal, pada bila-bila masa dalam tempoh kontrak antara anda dengan kami, untuk menegaskan pelaksanaan yang ketat terhadap mana-mana obligasi anda di bawah kontrak antara anda dengan kami atau mana-mana Syarat Jualan ini, atau jika kami gagal melaksanakan mana-mana hak atau remedi yang kami berhak laksanakan di bawah kontrak antara anda dengan kami, ini hendaklah tidak membentuk penepian hak atau remedi sedemikian dan hendaklah tidak akan melepaskan anda daripada pematuhan obligasi sedemikian. Penepian oleh kami terhadap apa-apa kemungkiran hendaklah tidak membentuk penepian bagi apa-apa kemungkiran berikutnya. Penepian oleh kami mana-mana Syarat Jualan ini hendaklah tidak berkuat kuasa melainkan ia dinyatakan secara nyata sebagai penepian dan disampaikan kepada anda secara bertulis menurut perenggan 11.4 di atas.
11.8
Persetujuan seluruh. Syarat Jualan ini dan mana-mana dokumen yang dirujuk secara nyata di dalamnya mewakili persetujuan seluruh antara kita berhubung dengan perkara mana-mana kontrak antara anda dengan kami dan menggantikan mana-mana perjanjian, persefahaman atau perkiraan terdahulu antara kita, sama ada secara lisan atau bertulis. Kami sama-sama mengakui bahawa, dengan mengikat kontrak, kita tidak bergantung pada apa-apa representasi, aku janji atau janji yang diberikan oleh satu sama lain atau tersirat daripada apa-apa perkara yang disebut atau ditulis dalam rundingan antara kita sebelum kontrak sedemikian kecuali yang dinyatakan secara jelas dalam Syarat Jualan ini. Kita berdua hendaklah tidak mempunyai apa-apa remedi berhubung dengan mana-mana pernyataan tidak benar yang dibuat oleh pihak satu lagi, sama ada secara lisan atau bertulis, sebelum tarikh mana-mana kontrak (melainkan pernyataan tidak benar sedemikian dibuat secara penipuan) dan satu-satunya remedi pihak yang satu lagi adalah untuk pelanggaran kontrak seperti yang diperuntukkan dalam Syarat Jualan ini.
12.
Hak kami untuk mengubah Syarat Jualan ini
12.1
Kami berhak menyemak dan meminda Syarat Jualan ini dari semasa ke semasa.
12.2
Anda akan tertakluk kepada dasar dan Syarat Jualan yang berkuat kuasa pada masa anda memesan Produk dari kami, melainkan apa-apa perubahan terhadap dasar tersebut atau Syarat Jualan ini perlu dibuat menurut undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan (dalam hal ini ia akan berkenaan untuk pesanan yang anda buat sebelum ini), atau jika kami memaklumkan anda tentang perubahan terhadap dasar tersebut atau Syarat Jualan ini sebelum kami menghantar Pengesahan Pesanan kepada anda (dalam hal ini kami berhak untuk menganggap bahawa anda telah menerima perubahan terhadap Syarat Jualan, melainkan anda memaklumkan kami sebaliknya dalam tempoh masa 7 hari bekerja selepas anda menerima Produk).
13.
Undang-undang dan bidang Kuasa
13.1
Persetujuan untuk pembelian produk melalui laman web ini hendaklah ditaksirkan dan ditadbir urus menurut undang-udang Malaysia. Mahkamah Malaysia hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif berkenaan dengan apa-apa pertikaian yang timbul daripada kontrak antara anda dengan kami dan syarat-syarat jualan ini.