Menari atas empat roda
Atlit, model, pelopor: Lofti Lamaali penari + pemain papan selaju panjang gaya bebas profesional sejak 2010 dan dinobatkan juara dunia pada tahun 2013.
Seorang yang pakai banyak topi: Lofti Lamaali ialah juara dunia papan selaju panjang, model, usahawan, pemuzik dan kini sebahagian dari Swatch Proteam!
Lahir di Casablanca pada tahun 1983, Lotfi mula menemui dunia papan selaju panjang pada tahun 2006 selepas beliau berpindah ke Paris. Empat tahun ke depan, beliau dilamar menjadi duta jenama bagi papan selaju panjang 'Loaded'. Dengan pengkhususan bidang tarian dan gaya bebas papan selaju panjang, latihannya yang tekun telah membuahkan hasil pada tahun 2013 apabila beliau dinobatkan Juara Dunia di Belanda. Setahun kemudian, beliau mengasaskan 'docksession', komuniti untuk pemain papan selaju panjang seluruh dunia, yang telah mengadakan pelbagai acara papan selaju panjang di seluruh Eropah, Asia dan A.S. Kini dengan jadual pemodelan yang sibuk, beliau telah dibawa ke seluruh pelosok dunia, Lofti tetap komited dengan keghairahan nombor satunya: papan selaju panjang. Dedikasi itu menjadikan beliau amat sesuai untuk Swatch Proteam.