

OMEGA X Swatch - Legenda Moonwatch
Pada tahun 2022, OMEGA dan Swatch telah mencipta sesuatu yang inovatif untuk Swatch menterjemahkan OMEGA Speedmaster Moonwatch yang legenda itu, iaitu jam tangan pertama di bulan. Perkongsian yang tidak dijangka, provokatif dan berwawasan ini menghasilkan koleksi kronograf yang telah menawan hati manusia di seluruh dunia, dengan pesona cakerawalanya.
Diperbuat daripada bahan Bioceramic kami yang inovatif dalam warna yang jarang-jarang dapat dilihat, jam tangan ini menampilkan semua tanda kejayaan OMEGA Speedmaster Moonwatch, dengan kolaborasi unik ini, ia senang dimiliki oleh peminat di mana-mana sahaja.

MISSION TO THE PINK MOONPHASE
Di bawah cahaya lembut Bulan Merah Jambu April, MISSION TO THE PINK MOONPHASE mekar dengan warna-warna merah jambu yang indah dan perincian yang halus, termasuk penunjuk fasa bulan merah jambu dan pulsometer. Sama seperti peristiwa cakerawala yang mengilhamkannya, jam tangan unik ini akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad bermula 1 April 2025, di kedai Swatch terpilih di seluruh dunia.



Pada 1 Mac 1965, Speedmaster OMEGA telah mencapai peristiwa penting yang telah mengukuhkan kedudukannya dalam sejarah sebagai jam tangan pertama yang dipakai di bulan. MOONSWATCH 1965 memberi penghormatan kepada ulang tahun ke-60 peristiwa penting itu dengan unsur reka bentuk dan komplikasinya yang unik.

MISSION TO EARTHPHASE
Demi meraikan planet kita sendiri, Bumi, dan jiran terdekatnya, Bulan, MISSION TO EARTHPHASE menampilkan fasa bulan dan, buat kali pertama dalam sejarah pembuatan jam, fasa bumi. Reka bentuk inovatif yang menonjolkan keindahan planet kita dan melambangkan ikatan abadi antara dua jasad cakerawala ini.

MISSION TO THE SUPER BLUE MOONPHASE
MISSION TO THE SUPER BLUE MOONPHASE meraikan musim panas serta bulan biru pada 19 Ogos. Ia menampilkan penunjuk fasa bulan yang dihiasi dengan dua bulan biru berukuran besar dan skala pulsometer. Model ini hanya tersedia untuk tempoh kosmik yang singkat, secara tepatnya dari 1 Ogos hingga 19 Ogos 2024 sahaja di tempat jualan Swatch terpilih di seluruh dunia.

MISSION ON EARTH
- LAVA, - POLAR LIGHTS,- DESERT
Sama seperti angkasawan yang pulang selepas melengkapkan misi mereka ke angkasa lepas, tiga model MISSION ON EARTH baharu yang bukan terhad ini memberi tumpuan kepada Bumi, mendapat inspirasi daripada tiga fenomena semula jadi yang menakjubkan sebagaimana yang dilihat dari angkasa lepas.

MISSION TO THE MOONPHASE
Diinspirasikan oleh daya tarikan bulan yang memukau, dua model MISSION TO THE MOONPHASE yang bukan terhad merupakan kronograf Swatch pertama dengan fungsi fasa bulan. Fungsi fasa bulan ini dihiasi dengan Snoopy yang telah dikaitkan dengan misi angkasa lepas manusia sejak tahun 1960-an.

MISI BERMULA DI SINI
Koleksi Bioceramic MoonSwatch tampil julung-julung kalinya menerusi pelayaran kosmik menerusi sistem suria kita dan sebelas jam tangan yang menjemput pemakainya untuk memulakan perjalanan melalui ruang dan masa.

MISSION TO MOONSHINE GOLD
Menampilkan jarum saat kronograf istimewa yang dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama, edisi MISSION TO MOONSHINE GOLD membuktikan bahawa kejayaan mana-mana misi adalah dalam perinciannya.