MISSION TO EARTHPHASE
Kronograf bukan terhad ini menampilkan bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic kelabu cerah, serta tali jam VELCRO® hitam dengan jahitan atas kelabu cerah yang kontras dan gelung Bioceramic. Ia mempunyai muka jam kelabu dengan tekstur berbintik-bintik yang menyerupai permukaan bulan. Jam tangan ini mempunyai skala takimeter dalam warna hitam yang anggun dengan penanda dalam warna kelabu cerah yang baru dicipta. Demi meraikan Bulan dan Bumi, kedua-dua fungsi fasa bulan dan fasa bumi berpaten dipamerkan. Dua bulan berukuran besar dengan Super-LumiNova® (pancaran putih) dapat dilihat pada cakera fasa bulan, yang berputar dalam subdail yang disetkan pada pukul 2. Fungsi fasa bumi yang terletak dalam subdail pada pukul 10 adalah berwarna. Menambah sentuhan keduniaan, lautan disalutkan dengan dakwat UV yang memancarkan seri biru di bawah cahaya UV. Imej Bulan boleh ditemui pada penutup bateri, lengkap dengan jejak tapak kaki Neil Armstrong—orang pertama yang memijakkan kaki di sana. Muka jam bagi setiap jam tangan dalam koleksi ini menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Juga bagi semua model adalah lazim terdapat binaan kaca bersumberkan bio berkubah kembar (box-shaped), "S" yang terukir di tengah-tengah kaca merujuk kepada logo Swatch, corak bulat yang bersifat kompleks dan halus pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang tajam dan licin, dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik. Penanda jam, jarum jam dan minit dan hujung jarum saat kronograf disaluti Super-LumiNova® Gred A kelabu cerah untuk bersinar dalam gelap yang sempurna (pancaran hijau).
MISSION TO EARTHPHASE SO33M700
Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic kelabu cerah
Diameter bekas: 42.00 mm
Ketebalan bekas: 13.75 mm
Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf (saat sahaja) dengan fasa bulan dan penunjuk fasa bumi dipatenkan
Kalis air: 3 bar
Tali jam: tali VELCRO® hitam dengan jahitan atas kelabu cerah yang kontras dan gelung Bioceramic
Diinspirasikan oleh Bumi sebagaimana yang dilihat dari Bulan
MISSION TO EARTHPHASE telah diinspirasikan oleh Bumi sebagaimana yang dilihat dari Bulan, pandangan memukau yang telah ditangkap dalam imej ikonik semasa pelbagai misi Apollo.
Penunjuk fasa bumi
Sama seperti kita mencerap fasa-fasa Bulan dari Bumi, Bumi juga mempamerkan fasa-fasa apabila dilihat dari Bulan. Kedua-dua Bulan dan Bumi mengambil masa kira-kira 29.5 hari untuk melalui semua fasa, tetapi dalam tertib yang terbalik. Ini bermakna bahawa, sebagai contoh, apabila kita melihat Bulan purnama dari Bumi, pencerap di Bulan akan melihat "Bumi baharu," dan begitu juga sebaliknya. Ini juga merupakan sebab mengapa fasa bumi pada MISSION TO EARTHPHASE berputar pada arah yang bertentangan dengan fasa bulan.
Ciri-ciri Istimewa
MISSION TO EARTHPHASE adalah satu-satunya jam tangan dengan penunjuk fasa bumi, menjadikannya jam tangan yang benar-benar jarang terjumpa dan amat luar biasa. Oleh sebab ia juga menampilkan fasa bulan, ini merupakan jam tangan pertama yang mempunyai kedua-dua fasa pada muka jamnya. Gabungan keajaiban kosmik dan keindahan duniawi yang sempurna, fasa-fasa pada jam tangan ini direka dengan perincian yang unik. Fasa bumi mencerminkan keindahan planet biru kita sebagaimana yang dilihat dari bulan dengan warna-warnanya yang terang. Lautan pada fasa bumi disalut dengan dakwat UV yang memancarkan seri biru di bawah cahaya UV, mewujudkan kesan bak dunia luar biasa yang memukau. Untuk menonjolkan pandangan Bulan menghadap Bumi yang mempesonakan, kawah-kawah bulan telah diwujudkan menggunakan percetakan digital. Penunjuk fasa bulan menampilkan dua bulan berukuran besar yang bersinar putih dalam gelap, terima kasih kepada Super-LumiNova®, yang menambah sentuhan pesona bulan. Membangkitkan keindahan permukaan bulan dengan sepenuhnya, muka jam mempunyai tekstur berbintik-bintik sementara penutup bateri menampilkan imej bulan dan jejak tapak kaki Neil Armstrong-orang pertama yang menjejakkan kaki di sana, mengingatkan kita tentang keajaiban penerokaan angkasa. Bezel mempamerkan skala takimeter hitam dengan penanda kelabu cerah yang menarik perhatian, suatu warna yang baru dicipta.