MISSION TO THE MOONPHASE - FULL MOON
Merujuk kepada bulan purnama, model ini menonjolkan skema warna seluruh putih. Ia menampilkan bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic serta tali jam VELCRO©. Jarum saat kronograf, jarum subdial dan baluh berskala takimeter berwarna hitam. Subdial dan latar belakang baluh jam adalah berwarna putih. Model ini menonjol dengan fungsi fasa bulan, boleh dikatakan yang paling puitis antara semua komplikasi jam tangan. Snoopy yang telah dikaitkan dengan misi angkasa lepas manusia sejak tahun 1960-an, ditampilkan terbaring di bulan pada cakera fasa bulan, yang berputar dalam set subdial pada pukul 2. Di bawah cahaya UV, petikan tersembunyi dari jalur komik Snoopy yang tersorok di antara bulan sabit dengan bintang, didedahkan pada subdial yang unik. Semua muka jam menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Binaan kaca box-shaped bersumberkan bio, "S" yang terukir di tengah-tengah kaca merujuk kepada logo Swatch, corak bulat yang halus dan canggih pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang tajam dan licin, butiran "dot over 90" pada baluh jam Bioceramic berskala takimeter dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik adalah lazim bagi semua model. Indeks, jarum jam dan minit dan hujung jarum saat kronograf menggayakan Super-LumiNova® Gred A untuk bersinar dalam gelap yang sempurna.
MISSION TO THE MOONPHASE - FULL MOON SO33W700
Bahan bekas: Bioceramic
Diameter bekas: 42.00 mm
Ketebalan bekas: 13.75 mm
Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf dengan penunjuk fasa bulan
Kalis air: 3 bar
Tali jam: VELCRO®
Mesej rahsia
Pada pelitup dan cakera fasa bulan model ini terdapat rahsia cakerawala: petikan tersembunyi dari jalur komik Snoopy yang tersorok di antara bulan sabit dengan bintang. Apabila di bawah cahaya ultraungu, pemandangan cakerawala menjadi hidup memancarkan bara biru yang memukau.
Penunjuk fasa bulan
Semasa bulan melengkapkan orbitnya mengelilingi Bumi, ia mempamerkan satu siri rupa bentuk berbeza yang dikenali sebagai fasa bulan. Secara keseluruhan, terdapat lapan fasa yang kita perhatikan sepanjang kitaran bulan. Jam tangan yang dilengkapi dengan penunjuk fasa bulan direka bentuk untuk menggambarkan fasa-fasa ini dengan tepat, sambil menambah sentuhan keindahan cakerawala kepada penjagaan masa.
Koleksi Bioceramic MoonSwatch mendarat di bulan sekali lagi
Dua tahun selepas pelancaran kolaborasi OMEGA X SWATCH, Koleksi Bioceramic MoonSwatch melancarkan bukan hanya satu, tetapi dua misi baharu! Menampilkan semua tanda kejayaan Speedmaster ikonik OMEGA dan subdial fasa bulan unik yang dihiasi dengan perincian Snoopy, dua kronograf baharu ini benar-benar di luar alam ini!