MISSION TO MOONSHINE GOLD
Pada tahun 2023, model MISSION TO MOONSHINE GOLD telah menambah sentuhan provokatif kepada barisan Bioceramic MoonSwatch. Dalam tempoh hampir-hampir setahun, sebanyak sebelas model telah dihasilkan, setiap satunya mempamerkan jarum saat berbeza yang disaluti dengan Moonshine™ Gold OMEGA. Menaikkan nilai kronograf dengan intipati bulan yang memukau, jarum saat unik ini telah dihasilkan semasa bulan purnama.
Pada bulan Februari 2024, OMEGA telah melelong 11 bagasi "Mission to Moonshine Gold" eksklusif yang setiap satunya mengandungi sebelas model yang jarang ditemui, diberkaskan bersama buat pertama kalinya sebagai satu set. Lelongan tersebut telah berjaya mengumpulkan dana yang besar iaitu sebanyak 534,670 CHF dan telah disumbangkan kepada Orbis International, menyokong misi mereka untuk mencegah kebutaan dan kehilangan penglihatan yang boleh dielakkan di seluruh dunia.
Mission to the Moon - Disember
Jarum saat Mission to the Moon ini mempunyai salutan yang diperbuat daripada Moonshine™ Gold OMEGA, menampilkan corak kepingan salji yang halus dan perincian rahsia yang bersinar dalam gelap untuk meraikan bulan purnama terakhir tahun ini, Bulan Dingin. Siri jarum saat ini telah dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama November.
Mission to the Moon - November
Mission to the Moon ini mempunyai jarum saat yang diperbuat daripada Moonshine™ Gold OMEGA yang diinspirasikan oleh Bulan Beaver dan perincian rahsia yang bersinar dalam gelap. Siri jarum saat ini telah dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama Oktober.
Mission to the Moon - Oktober
Jarum saat lolipop dengan salutan MoonshineTM Gold OMEGA dan tanda pengenalan rahsia yang bersinar dalam gelap menghiasi Mission to the Moon ini. Jam tangan ini merupakan penghormatan kepada OMEGA Speedmaster CK 2998-3 FAP daripada tahun 1961, Speedmaster terakhir dengan rujukan 2998 yang dipasang dengan jarum saat lollipop kronograf. Siri jarum saat unik ini telah dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama September.
Mission to the Moon - September
Jarum saat Mission to the Moon ini mempunyai salutan yang diperbuat daripada MoonshineTM Gold OMEGA dan menampilkan corak bijirin barli sebagai penghormatan kepada Bulan Tuai. Siri jarum saat yang juga menampilkan tanda pengenalan rahsia yang bersinar dalam gelap telah dihasilkan secara eksklusif semasa Bulan Biru Ogos.
MISSION TO NEPTUNE - Ogos (Bulan Biru)
Sebagai penghormatan kepada Bulan Biru Ogos, Mission to Neptune dipasang dengan jarum saat yang disaluti MoonshineTM Gold OMEGA. Jarum saat unik Mission ini dihasilkan semasa bulan purnama Ogos.
MISSION TO THE MOON - Ogos
Memperingati Hari Kebangsaan Swiss yang disambut pada 1 Ogos, dan turut memberi penghormatan kepada warisan buatan Swiss jenama OMEGA dan Swatch, Mission to the Moon ini menampilkan jarum saat bersalut MoonshineTM Gold OMEGA dan corak tanglung lambang Swiss. Siri jarum saat ini telah dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama Julai.
MISSION TO THE MOON - Julai
Dihasilkan semasa Purnama Strawberi Bulan Jun yang mendapat nama sempena strawberi liar yang mulai masak pada awal musim panas, Mission to the Moon ini menampilkan jarum saat bersalut MoonshineTM Gold OMEGA dan corak strawberi.
MISSION TO THE MOON - Jun
Dihasilkan secara eksklusif semasa Bulan Bunga Mei, jarum saat Mission to the Moon ini bersalut MoonshineTM Gold OMEGA dengan corak bunga yang diinspirasikan oleh bunga mekar malam yang berbentuk seperti bulan purnama.
MISSION TO THE MOON - Mei
Dihasilkan semasa bulan purnama April, jarum saat Mission to the Moon ini bersalut MoonshineTM Gold OMEGA dan perincian Super-LumiNovaTM merah jambu.
MISSION TO THE MOON - April
Mission to the Moon yang dilancarkan pada bulan April, menampilkan jarum saat bersalut MoonshineTM Gold OMEGA yang dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama Mac.
MISSION TO THE MOON - Mac
Mission to the Moon pertama dalam siri Mission to Moonshine Gold ini mempunyai jarum saat bersalut MoonshineTM Gold OMEGA. Jarum saat unik Mission ini telah dihasilkan secara eksklusif semasa bulan purnama Februari.