
Kronograf bukan terhad ini menampilkan bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic kelabu, serta tali jam VELCRO® kelabu dengan jahitan kelabu cerah yang kontras dan gelung Bioceramic. Muka jam berwarna putih dan bezel Bioceramic berwarna hitam dengan skala takimeter putih. Jam tangan ini menampilkan dua pembilang unik pada pukul 10 dan pukul 2. Pembilang yang pertama menunjukkan nombor 19 (biasanya 60) di bahagian atas, manakala pembilang yang satu lagi memaparkan nombor 65 (biasanya 10), merujuk kepada tahun 1965. Pembilang ini telah ditentukur kepada sejumlah 19 jam (pembilang pada pukul 10) dan 65 minit (pembilang pada pukul 2), menjadikan kronograf ini dibaca sedikit berbeza daripada kronograf biasa. Nombor 19, 65 dan 60 (pada pembilang pukul 6) memancarkan seri biru di bawah cahaya UV, memberi penghormatan kepada OMEGA Speedmaster dan kelayakan penerbangan yang diterimanya daripada NASA, 60 tahun dahulu, pada tahun 1965. Imej bulan boleh ditemui pada penutup bateri. Muka jam bagi setiap jam tangan dalam koleksi ini menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Juga bagi semua model adalah lazim terdapat binaan kaca bersumberkan bio berkubah kembar (box-shaped), "S" yang terukir di tengah-tengah kaca merujuk kepada logo Swatch, corak bulat yang bersifat kompleks dan halus pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang tajam dan licin, dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik. Penanda jam, jarum jam dan minit dan hujung jarum saat kronograf disaluti Super-LumiNova® Gred A untuk bersinar dalam gelap yang sempurna (pancaran hijau).



1965 SO33M106
Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak dalam Bioceramic kelabu
Diameter bekas: 42.00 mm
Ketebalan bekas: 13.25 mm
Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf
Kalis air: 3 bar
Tali jam: tali VELCRO® kelabu dengan jahitan kelabu cerah yang kontras, gelung Bioceramic kelabu

Suatu peristiwa penting dalam penjagaan masa
Pada tahun 1960-an, NASA mencari jam tangan yang mampu tahan keadaan ekstrem pengembaraan angkasa dan meminta jenama-jenama jam tangan untuk menghantar kronograf mereka. Beberapa jenama memberi maklum balas, termasuk OMEGA yang menghantar model Speedmaster-nya (ST105.003 dari 1964), Longines dengan model Wittnauer 235T-nya dan jenama ….X dengan rujukan 6238. Selepas mengenakan model-model ini kepada sebelas ujian yang lasak, hanya satu jam tangan muncul juara: OMEGA Speedmaster. Menunjukkan keteguhan dan kepersisan yang tiada tandingan, jam tangan ini secara rasmi memenuhi kelayakan untuk semua misi angkasa bermanusia pada 1 Mac 1965, menandakan permulaan pengembaraan luar biasa OMEGA dalam penerokaan angkasa.

Pembilang yang satu-satunya ini
Bioceramic MOONSWATCH 1965 menampilkan dua pembilang yang unik pada pukul 10 dan pukul 2, merujuk kepada tahun 1965. Pembilang ini telah ditentukur kepada sejumlah 19 jam (pembilang pada pukul 10) dan 65 minit (pembilang pada pukul 2), menjadikan kronograf ini dibaca sedikit berbeza daripada kronograf biasa.

Ciri-ciri unik 1965
Jam tangan yang unik ini mempunyai bekas dan gancu yang dihasilkan daripada Bioceramic dalam warna kelabu yang membangkitkan penampilan keluli tahan karat. Ia mempamerkan logo, muka taip, dan jarum OMEGA yang asal, memberikan Bioceramic MOONSWATCH 1965 tarikan vintaj yang tersendiri. Di samping itu, logo OMEGA dari era itu dipaparkan dengan anggun di tombol putar dan juga tali jam.