Meraikan perairan berais lautan paling kecil di Bumi, model ARCTIC OCEAN menampilkan simbol istimewa pada muka jamnya yang kontras berwarna beige: trefoil merah berlatar belakang kuning dengan tanda pangkah putih memotong melaluinya. Perkataan "NO RADIATIONS" yang diletakkan di bawah logo merupakan perkenan kepada warisan legenda Fifty Fathoms dan sejarah yang kaya bagi jam tangan penyelam pada tahun enam puluhan.
Perincian yang didambakan dalam kalangan pengumpul jam tangan hari ini, simbol ini digunakan oleh Blancpain semasa beliau melancarkan jam tangan penyelam pertama di dunia tanpa radium. Tali jam NATO yang dihasilkan daripada jaring nelayan kitar semula meminjam warnanya daripada Dendronotus Frondosus merah berapi, bekas Bioceramic dan muka jam gradien, menampilkan ilustrasi indah di bahagian belakang jam tangan yang dilengkapi dengan pergerakan SISTEM51 ini.
Model PACIFIC OCEAN diinspirasi oleh warna-warna terang Chromodoris Kuiteri yang terdapat di lautan yang terbesar dan paling dalam antara lima Lautan itu.
Menampilkan bekas Bioceramic kuning-jingga cerah, tali jam NATO yang dihasilkan daripada jaring nelayan kitar semula dan muka jam gradien hitam dan putih, jam tangan ini dilengkapi dengan penunjuk tarikh antara pukul 4 dengan pukul 5 dan pergerakan SISTEM51.
Warna biru kedalamam laut dan sengit model ATLANTIC OCEAN memberi penghormatan kepada laut yang bergelora dan ombak yang mengamuk di Atlantik. Glaucus Atlanticus adalah inspirasi untuk warna bekas Bioceramic jam tangan ini, muka jam gradien dengan penunjuk tarikh di antara pukul 4 dengan 5 dan tali jam NATO yang dihasilkan daripada jaring nelayan kitar semula.
Haiwan menakjubkan yang juga dikenali sebagai naga biru ini, boleh ditemui terapung-apung di permukaan Atlantik dan di belakang jam tangan ini dilengkapi dengan pergerakan SISTEM51.
Dengan bekas Bioceramic dan muka jam berwarna hijau yang bertenaga, diserti tali jam NATO yang dihasilkan daripada jaring nelayan kitar semula, model INDIAN OCEAN membangkitkan imej perairan yang subur dan mempesonakan.
Warna-warna yang kontras menimbulkan imej terumbu karang yang melimpah dengan hidupan marin, termasuk Nembrotha Kubaryana yang boleh ditemui di bahagian belakang. Penunjuk tarikh di antara pukul 4 dengan 5 menghiasi muka jam hijau gradien jam tangan ini yang menampilkan pergerakan SISTEM51.
Meraikan salah satu persekitaran yang paling ekstrem di planet kita, model ANTARCTIC OCEAN menampilkan penunjuk sentuhan air bi-warna yang mengesan kehadiran air. Ditempatkan pada pukul 6 pada muka jam tangan gradien kelabu cerah, penderia ini merupakan ciri penting pada jam tangan selam tentera dan perincian yang paling diminati dalam kalangan pengumpul jam tangan.
Dilengkapi dengan pergerakan SISTEM51, bahagian belakang jam tangan ini mempamerkan Tritoniella Belli dengan bentuknya yang misteri menyerupai gunung ais yang terhempas gelombang ribut. Warna-warna lembut haiwan ini menginspirasi warna bekas Bioceramic jam tangan, muka jam gradien, dan tali jam NATO diperbuat daripada jaring nelayan kitar semula.
OCEAN OF STORMS ialah jam selam keenam yang memasuki Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms. Ia didedikasikan kepada Oceanus Procellarum, mare bulan atau "laut" terbesar di bulan, yang merentangi lebih 2,500 kilometer dari utara ke selatan.
Anak Bulan juga dikenali sebagai Bulan Gelap, merupakan inspirasi untuk warna hitam bekas Bioceramic jam tangan ini dan tali jam NATO yang dihasilkan daripada jaring nelayan kitar semula. Jam tangan ini menampilkan muka jam hitam kilauan suria dengan penunjuk tarikh di antara pukul 4 dengan pukul 5.
Dijalankan oleh kuasa pergerakan mekanikal SISTEM51 tanda pengenalan kami, model ini menampilkan nudibranch Okenia Luna dan rantau Oceanus Procellarum (Lautan Ribut) di bulan dengan cetakan digital pada rotor pergerakannya.
Secara mendalam: Blancpain X Swatch
Selami dengan mendalam ciri-ciri istimewa koleksi unik ini.
SISTEM51
Jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms dilengkapi dengan pergerakan mekanikal SISTEM51 oleh Swatch. Dilancarkan pada tahun 2013, SISTEM51 Swatch ialah pergerakan mekanikal pertama dan satu-satunya dengan proses pembuatan secara automatik sepenuhnya. Mekanisme Swiss-made ini hanya menampilkan 51 bahagian termasuk satu skru pusat, mempunyai autonomi 90 jam dan keunggulan anti-magnet, terima kasih kepada pegas rambutnya yang diperbuat dengan Nivachron™, memastikan kejituan tinggi.
Dengan gaya Swatch yang sebenar, setiap pergerakan SISTEM51 tampak melalui paparan belakang yang lut sinar. Kesemua jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms menampilkan ilustrasi satu lautan dan satu nudibranch yang berwarna-warni. Haiwan tersebut dipersembahkan dengan cetakan digital pada rotor pergerakannya yang membolehkan jam tangan mengecas semula secara automatik dengan gerakan ringkas pergelangan tangan.
BIOCERAMIC
Dibangunkan dan dipatenkan oleh Swatch, Bioceramic ialah adunan unik dua pertiga seramik yang digunakan dalam pembuatan jam tangan atasan dan satu pertiga bahan bersumberkan bio yang berasal daripada minyak kastor, menghasilkan produk yang sangat tahan lasak dan kalis calar dengan kemasan matt sutera halus.
Setiap jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms menampilkan bekas, baluh dan tombol putar Bioceramic, dan juga gancu pin dan gelung Bioceramic.
TENTANG BLANCPAIN
Diasaskan pada tahun 1735 di Jura Switzerland, Blancpain dikenali sebagai jenama jam tangan yang tertua di dunia. Setia kepada tradisi inovasinya dan disahkan melalui penciptaan komplikasi horologi yang tidak terhitung jumlahnya selama bertahun-tahun, jenama ini sentiasa mencari batasan baharu pembuatan jam tangan untuk membawa seni ini ke tempat yang belum pernah dicapai.
Fifty Fathoms telah memainkan peranan penting dalam perkembangan penyelaman di bawah air dan penerokaan dunia samudera, membolehkan Blancpain menjalin hubungan yang kukuh dengan komuniti lautan.