MISSION TO MARS
Pada jam tangan bukan terhad ini, tona merah yang berapi-api kontras dengan muka jam yang putih cerah dan tali VELCRO®. Jarum saat kronograf berwarna merah, manakala jarum subdail pada pukul 10 dan pukul 2 menampilkan jarum merah unik dalam bentuk kapal angkasa yang meriangkan, satu penghormatan khas kepada Speedmaster Alaska II. Jarum subdial pada pukul 6 berwarna hitam, manakala jarum jam dan minit adalah dua tona iaitu putih dan hitam. Bezel berwarna putih dan memperlihatkan skala takimeter berwarna hitam. Semua muka jam dalam koleksi ini menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Binaan kaca bersumberkan bio, “S” terukir yang disepadukan di tengah-tengah kaca, corak bulat yang halus dan canggih pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang bersegi dan licin, butiran 'dot over 90’ yang ikonik pada skala takimeter, dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik adalah lazim bagi semua model. Jarum jam, minit, dan saat kronograf, serta jarum subdail pada pukul 10 dan pukul 2 dan penanda jam menggayakan Super-LumiNova® untuk bersinar dalam gelap yang sempurna.
MISSION TO MARS SO33R100
Bahan Bekas: Bioceramic
Diameter Bekas: 42.00 mm
Ketebalan Bekas: 13.25 mm
Jarak lug-to-lug: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf
Kalis Air: 3 Bar
Tali Jam: VELCRO®
Koleksi Bioceramic MoonSwatch
Apa yang membawa koleksi ini ke orbit adalah gabungan bahan Bioceramic Swatch yang paling inovatif dengan unsur reka bentuk Omega Speedmaster Moonwatch yang utama. Terdapat bekas asimetri, perincian 'dot over ninety’ yang ikonik pada baluh berskala takimeter, dan subdail Speedmaster yang tersendiri.