Dunia menjadi taman papan selaju dalam Skate Break
Bayangkan anda boleh mengubah mana-mana ruang menjadi syurga sukan papan selaju peribadi. Itulah yang dilakukan Andy Anderson dalam Skate Break! Dengan hanya melihat Swatchnya, Andy mengubah tempat biasa menjadi taman papan selaju yang luar biasa. Daripada bilik pejabat hingga ke jalan raya, kreativiti Andy tiada batasan dalam projek video yang mengujakan minda ini!
Andy Anderson, legenda sukan papan selaju dan ikon gaya
Pemain papan luncur selaju, Olimpian yang hebat dan atlet Swatch Proteam, Andy Anderson membawa bakat istimewanya ke Skate Break. Terkenal kerana sentiasa menggayakan pelbagai jam tangan Swatch dan topi keledarnya, gabungan gaya lama dan baharu Andy adalah milik penuh beliau.
Gambar daripada pembikinan Skate Break
Pakar di sebalik magik ini
Zenga Bros, artis, pereka bentuk, pembina dan pembuat filem pelbagai disiplin, menghidupkan impian papan selauju Andy. Set dibina khas menjadikan perabot harian menjadi cabaran papan selaju terhebat, menunjukkan semangat inovatif Andy dan kemahiran yang mengagumkan.