WARANTI SWATCH

(kecuali USA)

Jam tangan SWATCH® anda diwaranti oleh SWATCH Ltd.* untuk tempoh dua puluh empat (24) bulan dari tarikh pembelian di bawah terma dan syarat waranti ini. Waranti SWATCH antarabangsa meliputi kecacatan bahan dan pembuatan yang wujud pada masa pembelian jam tangan SWATCH ("kecacatan"). Waranti hanya akan berkuat kuasa jika sijil waranti dicatatkan tarikh, diisi dengan lengkap dan betul serta dicop oleh wakil penjual SWATCH rasmi ("sijil waranti sah").

Semasa tempoh waranti dan dengan mengemukakan sijil waranti yang sah, anda berhak untuk mendapat pembaikan kecacatan secara percuma. Sekiranya pembaikan tidak dapat memulihkan keadaan penggunaan normal, atau jika anda membeli bekas jam tangan SWATCH yang tidak boleh dibuka, SWATCH Ltd. menjamin penggantiannya dengan jam tangan SWATCH model yang serupa. Waranti bagi jam tangan penggantian berakhir pada dua puluh empat (24) bulan selepas tarikh pembelian jam tangan yang digantikan. Waranti pengeluar ini tidak meliputi:

  • hayat bateri;
  • haus dan lusuh biasa dan penuaan (contohnya kristal tercalar; perubahan warna dan/atau bahan bagi tali dan rantai bukan logam, seperti kulit, plastik, tekstil, velcro; pengelupasan penyaduran);
  • kerosakan pada bahagian jam tangan akibat penggunaan yang tidak normal / salah guna, kurang penjagaan, kecuaian, kemalangan (ketukan, kemek, remuk, kristal pecah, dll.), penggunaan jam tangan yang tidak betul dan tidak mematuhi arahan penggunaan yang disediakan oleh SWATCH Ltd.;
  • kerosakan tidak langsung atau sampingan yang disebabkan oleh penggunaan, ketidakfungsian, kecacatan atau ketidaktepatan jam tangan SWATCH;
  • jam tangan SWATCH dikendalikan oleh orang yang tidak berdaftar (contohnya untuk penggantian bateri, servis atau pembaikan) atau yang mengalami perubahan dari segi keadaan asalnya di luar kawalan SWATCH Ltd. Sebarang tuntutan selanjutnya terhadap SWATCH Ltd. contohnya untuk ganti rugi tambahan kepada jaminan yang ternyanta di atas, dikecualikan secara nyata, kecuali hak berkanun mandatori yang mungkin dimiliki oleh pembeli terhadap pengeluar.

Waranti pengeluar di atas :

  • adalah bebas daripada apa-apa waranti yang mungkin disediakan oleh penjual, yang mana dia bertanggungjawab sepenuhnya.
  • tidak menjejaskan hak pembeli terhadap penjual mahupun apa-apa hak berkanun mandatori lain yang mungkin pembeli ada.

Perkhidmatan pelanggan SWATCH Ltd memastikan penyelenggaraan yang sempurna bagi jam tangan SWATCH anda. Jika jam tangan anda memerlukan perhatian, serahkan kepada wakil penjual rasmi SWATCH atau Pusat Servis SWATCH yang berdaftar seperti yang ditetapkan dalam senarai yang disertakan: Mereka boleh menjamin perkhidmatan menurut piawaian SWATCH Ltd.

* SWATCH Ltd.
Rue Nicolas G. Hayek 1
2502 Bienne

SWATCH® ialah tanda dagang berdaftar

Waranti Flik Flak

(kecuali USA)

Jam tangan Flik Flak® anda diwaranti oleh SWATCH Ltd.* untuk tempoh dua puluh empat (24) bulan dari tarikh pembelian di bawah terma dan syarat waranti ini. Waranti Flik Flak antarabangsa meliputi kecacatan bahan dan pembuatan yang wujud pada masa pembelian jam tangan Flik Flak ("kecacatan"). Waranti hanya akan berkuat kuasa jika sijil waranti dicatatkan tarikh, diisi dengan lengkap dan betul serta dicop oleh wakil penjual Flik Flak rasmi ("sijil waranti sah").

Semasa tempoh waranti dan dengan mengemukakan sijil waranti yang sah, anda berhak untuk mendapat pembaikan apa-apa kecacatan secara percuma. Sekiranya pembaikan tidak dapat mengembalikan keadaan penggunaan normal jam tangan Flik Flak anda, atau jika anda membeli bekas jam tangan Flik Flak yang tidak boleh dibuka, SWATCH Ltd. menjamin penggantiannya dengan jam tangan Flik Flak model yang serupa. Waranti bagi jam tangan penggantian tamat pada dua puluh empat (24) bulan selepas tarikh pembelian jam tangan yang digantikan.

Waranti pengeluar ini tidak meliputi:

  • hayat bateri;
  • haus dan lusuh biasa dan penuaan (contohnya kristal tercalar; perubahan warna dan/atau bahan bagi tali dan rantai bukan logam, seperti kulit, plastik, tekstil, velcro; pengelupasan penyaduran);
  • kerosakan pada bahagian jam tangan akibat penggunaan yang tidak normal / salah guna, kurang penjagaan, kecuaian, kemalangan (ketukan, kemek, remuk, kristal pecah, dll.), penggunaan jam tangan yang tidak betul dan tidak mematuhi arahan penggunaan yang disediakan oleh SWATCH Ltd.;
  • kerosakan tidak langsung atau sampingan yang disebabkan oleh penggunaan, ketidakfungsian, kecacatan atau ketidaktepatan jam Flik Flak;
  • jam tangan Flik Flak dikendalikan oleh orang yang tidak berdaftar (contohnya untuk penggantian bateri, servis atau pembaikan) atau yang mengalami perubahan dari segi keadaan asalnya di luar kawalan SWATCH Ltd.

Sebarang tuntutan selanjutnya terhadap SWATCH Ltd. contohnya untuk ganti rugi tambahan kepada jaminan yang ternyanta di atas, dikecualikan secara nyata, kecuali hak berkanun mandatori yang mungkin dimiliki oleh pembeli ada terhadap pengeluar.

Waranti pengeluar di atas:

  • adalah bebas daripada apa-apa waranti yang mungkin disediakan oleh penjual, yang mana dia bertanggungjawab sepenuhnya.
  • tidak menjejaskan hak pembeli terhadap penjual mahupun apa-apa hak berkanun mandatori lain yang mungkin pembeli ada.

Perkhidmatan pelanggan SWATCH Ltd memastikan penyelenggaraan yang sempurna bagi jam tangan Flik Flak anda. Jika jam tangan anda memerlukan perhatian, serahkan kepada wakil penjual rasmi Flik Flak atau Pusat Servis Flik Flak yang berdaftar seperti yang ditetapkan dalam senarai yang disertakan: Mereka boleh menjamin perkhidmatan menurut piawaian SWATCH Ltd.

PENGELUAR:

* SWATCH Ltd.
Rue Nicolas G. Hayek 1
2502 Bienne

Flik Flak® ialah tanda dagang berdaftar

Jam tangan dengan bekas yang tertutup ketat dan tidak boleh diperbaiki.

 
  • "Dr.Swatch" Icon Dr.Swatch
  • "Puas hati atau bayar balik" Icon Puas hati atau bayar balik