Memperkenalkan Koleksi Swatch PROTEAM
Ikon Swatch Proteam, Andy Anderson, Matthias Dandois, Coco Ho dan Sam Pilgrim, masing-masing menghidupkan dunia mereka pada jam tangan impian mereka dan menunjukkan kepada kita tentang erti masa bagi mereka.
Pelayar anda pada masa ini tidak disetkan untuk menerima cookies. Sila hidupkan ciri atau semak sama ada anda mempunyai atur cara lain yang disetkan untuk menyekat cookies.
Ikon Swatch Proteam, Andy Anderson, Matthias Dandois, Coco Ho dan Sam Pilgrim, masing-masing menghidupkan dunia mereka pada jam tangan impian mereka dan menunjukkan kepada kita tentang erti masa bagi mereka.
Turun ke dunia bintang handalan basikal bukit Sam Pilgrim dengan THE PILGRIM - TREAD ON IT. Menyalurkan keghairahan Sam terhadap basikal bukit dan personaliti uniknya yang penuh kegembiraan, BIG BOLD ini kelihatan seperti datang terus dari kedai basikal. Ini merupakan teman yang sempurna untuk menakluki denai.
Terjun ke dunia ikon luncur air Coco Ho dengan COCO HO BLU, jam tangan cantik yang menyalurkan sifat keanggunan dan kerjayanya melalui ombak laut. Dilengkapi dengan tali bak mutiara, bekas berwarna emas dan muka jam pendarrona, ia merupakan gabungan sempurna antara anggun dengan bergaya.
Sekilas pandang ke dalam dunia legenda BMX, Matthias Dandois, dengan G-TURN. Dengan reka bentuk ukuran besar namun sederhana, bekas lut sinar yang lasak dan perincian berwarna emas, jam tangan ini merupakan bahan ekspresi diri untuk BMX dan juga peminat jam tangan.
Terjah ke dunia peserta Olimpik Andy Anderson dengan TIME WITH ANDY ANDERSON. Keaslian bertemu pemikiran yang mendalam pada jam tangan kuning dan hitam yang menarik perhatian ini. Jam tangan yang ideal untuk mereka yang suka berfikir di luar kebiasaan dalam dunia papan selaju dan kehidupan.