Ibu Pejabat Swatch baharu
Selepas tempoh pembinaan hampir lima tahun, Swatch merasmikan ibu pejabat baharunya di Biel - salah satu struktur kayu terbesar di dunia, yang direka oleh arkitek bintang Jepun Shigeru Ban. Melambangkan lembaran baharu dalam sejarah jenama, bangunan ini menentang konvensyen semasa, sama seperti jam tangan yang dicipta di sana.
BANGUNAN
Bebayang bangunan baharu Swatch yang melengkung bergemerlapan terunjur lebih 240 meter panjangnya dan 35 meter lebarnya. Pada titik tertinggi, mukaan bangunan berukuran 27 meter. Reka bentuk yang luar biasa bertentangan dengan kelaziman seni bina bangunan pejabat yang klasik dan berpadu secara harmoni dalam persekitaran bandar. Binaan rangka kayu balak membentuk struktur asas bagi mukaan kawasan yang besar. Bahan tradisi telah dipilih untuk sifat ekologi dan kelestarian bangunan.
Juga direka bentuk oleh Shigeru Ban, Cité du Temps, berukuran 80 x 17 x 28 meter, membentuk unit seni bina bebas yang melengkapi bangunan Swatch dengan sempurna. Bangunan ini menempatkan Omega Museum, yang terletak di tingkat 1, dan juga PLANET SWATCH di tingkat 2. Dewan Persidangan Nicolas G. Hayek di tingkat 4, dikhaskan untuk Swatch Group, tampil menonjol dengan bentuk elips.
PERSEKITARAN
Kawasan hijau yang luas telah dicipta di sekitar ibu pejabat baharu syarikat, menyambungkan bandar raya Biel, penduduk dan pelawat bandar raya itu. Dalam landskap, populasi pokok yang sedia ada dilindungi, diambil perhatian dan ditambah lagi dengan pokok-pokok baharu dan kehijauan. Sejumlah lebih daripada 120 pokok telah menemukan rumah baharu di tapak Swatch ini. Di pinggir selatan tapak Swatch, sebagai sebahagian daripada zon rekreasi tempatan bagi daerah ini, denai kembara berjalan kaki tepi sungai yang indah menyusuri sepanjang sungai Schüss.