Swatch Art Journey 2024
Dengan kalaborasi galeri Tate yang terkenal, kami meraikan perjalanan sebenar melalui zaman, genre dan ekspresi diri. Koleksi Swatch x Tate Gallery kami adalah pilihan karya seni boleh pakai, diinspirasikan oleh para artis yang terkenal dengan karya mereka yang melangkaui batasan, inovatif dan provokasi positif. Sertai kami dalam Art Journey 2024 dan lihat sejauh mana seni membawa anda!
TURNER’S SCARLET SUNSET
Menampilkan penguasaan cahaya dan warna Turner, jam tangan ini didatangkan dengan roda kalendar yang berubah mengikut matahari, menukar warna beransur-ansur dan menganimasi pemaparan matahari terbenam yang indah oleh artis tersebut.
MATISSE’S SNAIL
Matisse telah membantu merevolusikan seni visual pada awal tahun 1900-an, dari lukisan hingga kolaj kertas. Jam tangan ini menampilkan potongan siput beliau yang terkenal di seluruh muka jam dan tali jam lut sinar dalam lingkaran warna yang terang.
BOURGEOIS’S SPIRALS
Lingkaran ialah simbol yang kerap kali muncul dalam karya Bourgeois. Begitu juga dengan jam tangan ini, setiap lengkung pada jam tangan ini menunjukkan pelbagai makna artis untuk tema kompleks ini: kepercayaan, kebebasan dan tenaga positif yang bertenaga.
LEGER’S TWO WOMEN HOLDING FLOWERS
Léger terkenal dengan semangat avant-garde beliau yang terpancar pada jam tangan berwarna-warni ini. Tali jam dan muka jam yang terang menangkap intipati Kubisme serta penerokaan dan perayaan bentuk oleh artis ini.
CHAGALL’S BLUE CIRCUS
Dalam warna terang dunia Chagall yang seumpama mimpi, sandiwara sarkas menjadi hidup. Pada tali jam, akrobat mengimbangi dirinya di trapez pada saat keajaiban seperti mimpi. Bulan dan sebiji mata yang terimbang pada jarum jam menghidupkan pergerakannya yang dinamik.
MIRO’S WOMEN & BIRD IN THE MOONLIGHT
Miró menawarkan kita sekilas pandang ke dalam bahasa visual simboliknya, membangkitkan kegembiraan pada setiap kerlingan. Jam tangan ini menyebarkan imej ikonik ini dengan penuh seni di seluruh muka jam dan tali jam, dengan indeks atas kaca untuk menambah kedalaman.
Mengenai Tate (galeri)
Dengan empat tempat yang berbeza, galeri Tate yang terkenal di dunia mempamerkan karya agung bersejarah, moden dan kontemporari, termasuk lebih 70,000 lukisan, arca dan pemasangan. Ia juga menganjurkan Tate Modern Lates, satu siri acara selepas waktu kerja percuma yang mengambil inspirasi daripada pameran Tate dan meraikan seni dalam semua bentuknya.
Temui hubungan cinta seni kami
Di Swatch, kecintaan kami terhadap seni sangat mendalam. Sejak awal, kami telah menjalinkan kolaborasi dengan para artis, muzium dan institusi seni terkemuka untuk membawa karya seni agung ke pergelangan tangan anda.