
MISSION TO THE PINK MOONPHASE
Meraikan Bulan Merah Jambu April, kronograf ini menampilkan bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic merah jambu serta tali jam VELCRO® merah jambu dengan jahitan berwarna putih yang kontras dan gelung pemasangan Bioceramic merah jambu. Menampilkan muka jam hitam dan perak- opal merah jambu, jam tangan ini dilengkapi dengan penanda jam dan jarum hitam yang disalut dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran merah jambu). Bezel Bioceramic hitamnya menampilkan skala pulsometer dengan penanda opal putih. Model ini menonjol dengan fungsi fasa bulan, boleh dikatakan yang paling puitis antara semua komplikasi jam tangan. Dua bulan merah jambu terletak pada cakera fasa bulan hitam, yang berputar dalam subdail yang disetkan pada pukul 2. Di bawah cahaya UV, suatu perincian rahsia muncul pada pelitup fasa bulan. Penutup bateri mempamerkan bulan dalam beraneka warna merah jambu yang menakjubkan. Semua muka jam dalam koleksi ini menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Binaan kaca bersumberkan bio berkubah kembar (box-shaped), "S" yang terukir di tengah-tengah kaca merujuk kepada logo Swatch, corak bulat yang bersifat kompleks dan halus pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang tajam dan licin, dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik adalah lazim bagi semua model. Indeks, jarum jam dan minit dan jarum saat kronograf menggayakan Super-LumiNova® Gred A (pancaran merah jambu) untuk bersinar dalam gelap yang sempurna.



MISSION TO THE PINK MOONPHASE SO33P700
Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic merah jambu
Diameter bekas: 42.00 mm
Ketebalan bekas: 13.75 mm
Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf dengan penunjuk fasa bulan
Kalis air: 3 bar
Tali jam: tali VELCRO® merah jambu dengan jahitan putih yang kontras, gelung pemasangan dalam Bioceramic merah jambu

Tersedia untuk tempoh masa yang terhad
MISSION TO THE PINK MOONPHASE, akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad bermula 1 April, secara eksklusif di lokasi jualan Swatch terpilih. Para peminat yang bersemangat untuk memiliki jam tangan unik ini perlu memerhatikan dengan teliti saluran media sosial Swatch, Rolling Planets merah jambu akan mendedahkan tempat MISSION TO THE PINK MOONPHASE dapat ditemui.
Dunia yang penuh dengan perincian halus
Di samping fungsi kronograf praktikal, MISSION TO THE PINK MOONPHASE, menawan hati dengan penanda dan jarumnya yang memancarkan seri merah jambu yang terang dalam gelap, memastikan kebolehbacaan dalam mana-mana latar. Apabila terdedah kepada cahaya UV, kedua-dua bulan merah jambu pada penunjuk fasa bulan dan perincian tersembunyi pada pelitup fasa bulan menjadi hidup dengan pemancaran merah jambu yang memukau, membangkitkan pesona bak dunia lain. Menambah sentuhan gaya kosmik, jam tangan unik ini mempamerkan bulan dalam spektrum warna merah jambu yang mempesonakan pada penutup baterinya.

Suatu sentuhan hati
Pada bezelnya, MISSION TO THE PINK MOONPHASE menampilkan skala pulsometer hitam dengan penanda opal putih.
Biasanya ditemui pada kronograf sukan, pulsometer merupakan ciri terkhusus yang membolehkan pemakai mengukur kadar jantung mereka dengan mudah. Untuk menggunakannya, pemakai memulakan kronograf semasa mereka merasa denyut nadi mereka. Selepas mengira 30 denyutan, mereka menghentikan kronograf dan menggunakan skala pulsometer pada muka jam untuk menentukan kadar jantung mereka dalam denyutan seminit (BPM).
Sebagai sentuhan yang meriangkan, butang tekan atas mempunyai cetakan timbul hati kecil—perincian baharu dan sesuai merujuk kepada pulsometer.