BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS COLLECTION
OCEAN OF STORMS
Jam tangan Blancpain X Swatch ini memberi penghormatan kepada Fifty Fathoms Blancpain, jam tangan penyelam sebenar yang pertama. Bekas dan tombol putarnya yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan Bioceramic. Perkataan "Swatch" juga terukir pada bahagian luar kiri bekas. Muka jamnya mempunyai kemasan sunbrushed hitam dan menampilkan penunjuk tarikh di antara pukul 4 dengan pukul 5. Indeks jam, jarum jam dan minit, serta skala pada bezel diperkayakan dengan Super-LumiNova® Gred A untuk mudah dibaca dalam gelap. Jam tangan ini dilengkapi dengan bezel Bioceramic hitam yang berputar sehala dan kaca bersumberkan bio. Pergerakan mekanikal SISTEM51 adalah tampak, terima kasih kepada kaca sapphire yang lut sinar dan menampilkan ilustrasi rantau Oceanus Procellarum (Ocean of Storms) di bulan dan nudibrank Okenia Luna dalam cetakan digital. Lima inskripsi inspirasi boleh ditemui di bahagian belakang jam tangan: PASSION FOR DIVING – LICENCE TO EXPLORE – OCEAN BREATH – PROTECT WHAT YOU LOVE dan IMMERSE YOURSELF. Tali jam NATO diperbuat daripada jaring nelayan kitar semula. Gancu pin dan gelung diperbuat daripada bahan Bioceramic.
OCEAN OF STORMS SO35B400
Bahan bekas: bekas Bioceramic hitam termasuk tombol putar
Diameter bekas: 42.3 mm
Ketebalan bekas: 14.4 mm
Jarak cuping ke cuping: 48.0 mm
Pergerakan: Pergerakan mekanikal SISTEM51
Kalis air: 50 fatom (91 m / 300 ka / 9 bar)
Kaca: bahan bersumberkan bio
Jarum, penanda jam, skala penyelaman 60 minit: Super-LumiNova® Gred A
Bezel: bezel berputar satu arah dalam bahan Bioceramic hitam dengan sisipan hitam
Tali jam: Tali jam NATO yang diperbuat daripada jaring nelayan kitar semula. Gancu pin dan gelung Bioceramic warna hitam
SISTEM51
Jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms dilengkapi dengan pergerakan mekanikal SISTEM51 oleh Swatch. Mekanisme Swiss-made ini hanya menampilkan 51 bahagian termasuk satu skru pusat, mempunyai autonomi 90 jam dan adalah anti-magnet sepenuhnya, terima kasih kepada pegas rambutnya yang diperbuat dengan Nivachron™, memastikan kepersisan tinggi.
Dengan gaya Swatch yang sebenar, setiap pergerakan SISTEM51 tampak melalui paparan belakang yang lut sinar. Kesemua jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms menampilkan ilustrasi satu lautan dan satu nudibranch yang berwarna-warni.
THE NUDIBRANCH
BIOCERAMIC
Dibangunkan dan dipatenkan oleh Swatch, Bioceramic ialah adunan unik dua pertiga seramik yang digunakan dalam pembuatan jam tangan atasan dan satu pertiga bahan bersumberkan bio yang berasal daripada minyak kastor, menghasilkan produk yang sangat tahan lasak dan kalis calar dengan kemasan matt sutera halus.
TENTANG BLANCPAIN
Diasaskan pada tahun 1735 di Jura Switzerland, Blancpain dikenali sebagai jenama jam tangan yang tertua di dunia.
Fifty Fathoms telah memainkan peranan penting dalam perkembangan penyelaman di bawah air dan penerokaan dunia samudera, membolehkan Blancpain menjalin hubungan yang kukuh dengan komuniti lautan.