Soalan lazim - Swatch X You

Jam tangan Swatch X You saya yang diperibadikan rosak atau tidak berfungsi. Apakah yang boleh saya lakukan?

Anda boleh membawa jam tangan anda ke Kedai Swatch atau menghubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami di talian +603 2050 8891 (Dari Isnin – Jumaat 9:00AM - 5:30PM) atau E-mel kami di connect@swatch.my untuk bantuan lanjut.
Semua jam tangan Swatch dilindungi oleh waranti Antarabangsa 24 bulan. Kad warranti yang diterima bersama-sama Swatch X You anda bertindak sebagai waranti Antarabangsa 24 bulan.

Jam tangan Swatch X You saya yang diperibadikan rosak atau tidak berfungsi. Bolehkah saya menukargantinya dengan reka bentuk lain?

Jika jam tangan anda masih dalam waranti, kami hanya boleh mencadangkan penggantian jam tangan anda dengan Swatch X You yang sama. Sila bawa jam tangan anda ke Kedai Swatch atau menghantarnya terus ke Pusat Perkhidmatan dengan kad warranti.
Semua jam tangan Swatch dilindungi oleh waranti Antarabangsa 24 bulan. Kad waranti yang diterima bersama-sama Swatch X You anda bertindak sebagai waranti Antarabangsa 24 bulan.

Saya menerima jam tangan Swatch X You yang diperibadikan sebagai hadiah dan ia rosak atau tidak berfungsi. Apakah yang boleh saya lakukan?

Anda boleh membawa jam tangan anda ke Kedai Swatch atau menghantarnya terus ke Pusat Perkhidmatan dengan kad warranti.
Semua jam tangan Swatch dilindungi oleh waranti Antarabangsa 24 bulan.Kad warranti yang diterima bersama-sama Swatch X You anda bertindak sebagai waranti Antarabangsa 24 bulan.

Bolehkah saya memulangkan jam tangan Swatch X You saya yang diperibadikan jika saya tidak menyukainya?

Tidak, produk tersebut tidak boleh dipulangkan kecuali jika terdapat isu kualiti. Sila semak semula pilihan anda sebelum membeli.

Saya menerima jam tangan Swatch X You yang diperibadikan sebagai hadiah tetapi saya tidak menyukainya. Bolehkah saya menukargantinya?

Tidak, malangnya, jam tangan Swatch X You yang diperibadikan tidak boleh dipulangkan.

Bolehkah saya memuat naik gambar saya sendiri?

Tidak, anda tidak boleh memuat naik reka bentuk anda sendiri.

Saya tidak dapat mencari reka bentuk yang sama yang saya telah cetakkan pada jam tangan Swatch X You saya. Bagaimana saya boleh mendapatkan reka bentuk yang sama?

Sebagai sebahagian daripada konsep Swatch X You, kami mengehadkan ketersediaan dan mengemas kini reka bentuk dari semasa ke semasa. Jika karya seni reka bentuk itu tidak tersedia lagi, ia tidak boleh digunakan untuk mereka bentuk jam tangan baharu. Kami hanya boleh menghasilkan semula reka bentuk terdahulu untuk kes-kes waranti.

Saya telah mendapati kelainan berkenaan dengan warna dan kedudukan jam tangan antara reka bentuk yang saya konfigurasikan Dalam Talian dengan rupa sebenar jam tangan. Apakah yang boleh saya lakukan?

Memandangkan terdapat peranti & resolusi skrin yang berbeza, mungkin ada sedikit kelainan dari segi warna atau reka bentuk antara konfigurator Dalam Talian dengan jam tangan yang anda terima. Kami menganggap kelainan kecil ini sebagai bahagian biasa dalam proses pemperibadian dalam talian.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami apa-apa isu tentang kualiti cetakan (misalnya warna yang kabur, calar, tanda dsb.) sila ikuti tatacara untuk jam tangan rosak sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Mengapakah proses penghantaran mengambil masa yang lebih lama untuk jam tangan yang diperibadikan Swatch X You? Apakah yang berlaku jika saya mempunyai satu jam tangan Swatch biasa dan satu jam tangan diperibadikan dalam satu pesanan?

Kami menganggarkan maksimum 21 hari tambahan untuk proses penghasilan jam tangan Swatch X You yang diperibadikan. Sebagai tambahan kepada 21 hari ini anda boleh mengira masa pemprosesan pesanan biasa ditambah dengan masa penghantaran berdasarkan pilihan kaedah penghantaran anda. Jika anda membuat pesanan jam tangan biasa bersama-sama dengan jam tangan Swatch X You yang diperibadikan, kedua-duanya akan dihantar bersama-sama.

  • "Dr.Swatch" Icon Dr.Swatch
  • "Puas hati atau bayar balik" Icon Puas hati atau bayar balik